Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Temuduga Terbuka DBKL 2024, 42 Kekosongan Akan Dibuka

Temuduga Terbuka DBKL 2024 akan diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Temuduga Terbuka DBKL 2024

Maklumat lanjut tentang Temuduga Terbuka DBKL 2024 adalah seperti yang berikut:

JawatanJumlah KekosonganKadar UpahTarikh Temuduga Terbuka
Penolong Akauntan9RM1,900.006 Februari 2024 (Selasa)
Penolong Pegawai Penilaian4RM1,900.006 Februari 2024 (Selasa)
Penolong Pegawai Tadbir3RM1,900.006 Februari 2024 (Selasa)
Pembantu Tadbir (Kewangan)8RM1,700.006 Februari 2024 (Selasa)
Pembantu Tadbir (Kerani Operasi)6RM1,700.006 Februari 2024 (Selasa)
Pegawai Psikologi1RM2,100.007 Februari 2024 (Rabu)
Pegawai Perancang Bandar Dan Desa1RM2,100.007 Februari 2024 (Rabu)
Penolong Perancang Bandar Dan Desa1RM1,900.007 Februari 2024 (Rabu)
Penolong Jurutera (Awam)3RM1,900.007 Februari 2024 (Rabu)
Penolong Juruukur (Geospatial)1RM1,900.007 Februari 2024 (Rabu)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat5RM1,900.007 Februari 2024 (Rabu)
Temuduga Terbuka DBKL 2024

Maklumat tambahan berkaitan Temuduga Terbuka (Walk-In) ini adalah seperti berikut:

  • Taraf Jawatan Semua Jawatan Diatas: MySTEP
  • Tempat Temuduga Terbuka: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razak 56000 Cheras Kuala Lumpur
  • Masa Pendaftaran: 8.30 Pagi – 10.30 Pagi
Temuduga Terbuka DBKL 2024, 42 Kekosongan Akan Dibuka 1
Temuduga Terbuka DBKL 2024

Syarat Pelantikan

Calon lantikan Temuduga Terbuka DBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2024.
  3. Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.
  4. Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/.

Untuk mengetahui syarat lantikan yang lebih lanjut, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Dokumen Yang Diperlukan

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Temuduga Terbuka, iaitu

  1. Kad Pengenalan.
  2. Sijil Kelahiran.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Slip SPM tidak akan diterima.
  4. Ijazah, Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi yang dimiliki.
  5. Transkrip Akademik.
  6. Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan Diploma daripada MQA atau MQR.
  7. Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19.
  8. Sekeping Gambar Terkini Berukuran Pasport.

Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas antaranya adalah Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM).

Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan di atas adalah tidak sah.

Maklumat Tambahan

Etika pemakaian semasa temuduga adalah seperti berikut:

  1. Mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.
  2. Calon lelaki perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misai atau jambang, hendaklah dicukur / dipotong dengan rapi.
  3. Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two / Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut.

Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temuduga Terbuka (Walk-in) ini.

Temuduga Terbuka DBKL 2024, 42 Kekosongan Akan Dibuka 2
Mohon perhatian, iklan Temuduga Terbuka DBKL 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Seterusnya, sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Temuduga Terbuka DBKL 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More