Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita berhadapan dengan situasi pekerjaan, lama-kelamaan kita akan mula rasa jemu dan otak kita juga akan mulai naik tepu. Oleh itu, bagaimana untuk kita menghasilkan produtiviti yang lebih baik dan dapat bekerja dengan efisyen dan produktif? Di sini kami sediakan beberapa tips dan cara untuk lebih produktif di tempat kerja khusus untuk anda di luar sana yang berazam untuk mengubah cara kerja menjadi lebih baik.

produktif

Tips & Cara Produktif Di Tempat Kerja

Hilangkan gangguan kerja

Tahukah anda apa yang selalu mengganggu tugasan kerja anda dari siap mengikut masa yang ditetapkan? Benda paling utama yang selalu mengganggu anda di tempat kerja adalah alat komunikasi anda iaitu smartphone. Betul ke betul?

Anda akan selalu diganggu dengan mesej-mesej dari group whatsapp, notification dari facebook, instagram, wechat, emel dan sebagainya yang menyebabkan anda mula hilang fokus pada tugasan kerja anda.

Oleh itu, anda harus letakkan pengasingan antara diri anda dan smartphone anda. Letakkan telefon anda dalam mod senyap, dan simpan ia di dalam beg anda. Anda hanya boleh gunakannya selepas kerja anda selesai, atau sewaktu anda rehat. Jalan ini adalah lebih baik untuk dapatkan kerja yang produktif.

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak membuka laman media sosial anda di pc, komputer atau laptop di tempat kerja anda kerana ia juga boleh menjadi punca anda hilang fokus terhadap tugasan kerja anda.

Bahagikan tugasan kerja

Jika anda memegang jawatan yang mempunyai orang bawahan, anda boleh bahagikan tugasan kerja anda yang lebih ringan kepada orang bawahan anda. Ingat, yang lebih ringan.

Hal ini dapat membuatkan anda lebih fokus untuk menyelesaikan tugasan kerja yang lebih penting. Selain itu, anda juga dapat menyelesaikan tugasan kerja anda dalam masa yang ditetapkan

Terapi muzik

Tidak dinafikan, sepanjang waktu bekerja akan ada waktu-waktu yang minda anda mula menunjukkan signal ia sudah mulai penat. Oleh itu, muzik adalah terapi yang sangat bagus bagi minda anda. Ia boleh membuatkan otak anda yang penat dan tepu tadi menjadi aktif semula.

Terapi muzik ini akan mengalihkan pandangan anda dan pendengaran anda dari bunyi kesibukan dan kebingitan di tempat kerja anda. Ia juga mampu menghilangkan kekusutan dan kekacauan dalam diri anda. Setelah minda anda dibawa lari oleh muzik terapi ini, anda akan dapat melakukan tugasan kerja anda dengan lebih semangat dan lebih segar.

Bertegur Sapa Dengan Rakan Sekerja

Untuk mendapatkan persekitaran yang bagus, anda haruslah membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja anda. Bertegur sapa lah dengan mereka sebelum anda memulakan tugasan kerja anda di pagi hari, dan bersembang bersama mereka di waktu rehat. Ini dapat mengurangkan tekanan anda dan melarikan minda anda daripada tugasan kerja. Anda juga boleh meminta pendapat atau pertolongan mereka sekiranya ada kemusykilan atau masalah yang anda hadapi berkenaan tugasan kerja anda.

Dan sebelum anda pulang, anda juga boleh berikan sepatah dua kata ucap selamat tinggal. Semua ini penting supaya anda dapat membina hubungan yang baik dengan mereka. Jangan hidup dan buat hal sendiri sahaja seolah-olah anda bekerja berseorangan.

Selain itu, bagi membina hubungan baik, anda juga haruslah menuturkan kata-kata yang tidak membawa kepada salah faham. Berkomunikasi dengan jelas terhadap mereka, dan ulang semula sekiranya mereka tidak faham apa yang anda sampaikan.

Siap Kerja Secepat Mungkin

Jika anda ingin menjadi pekerja yang baik, anda haruslah menyiapkan tugasan kerja anda mengikut masa yang ditetapkan. Tetapi, jangan pula anda selalu menangguhkan tugasan kerja anda hanya semata-mata masa yang diberikan masih lama lagi sedangkan ia boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat.

Jika anda menangguhkan kerja, anda hanya menyebabkan diri anda dibelenggu dengan tugasan kerja yang sama berhari-hari. Hal ini pula boleh membuatkan anda mudah berasa jemu dengan tugasan kerja tersebut. Dan akhirnya anda akan membuat kerja sambil lewa dan tidak produktif.

Rehat Apabila Perlu

Untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik bukanlah dengan straight bekerja sehingga siap tugasan kerja anda itu. Hal ini kerana apabila minda anda tidak berehat, minda anda tidak dapat menghasilkan idea yang kreatif. Cara yang paling bagus adalah anda mengambil sedikit masa untuk merehatkan minda dan otot anda. Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan badan lesu dan otot pun tegang.

Anda boleh gunakan masa tersebut dengan berjalan ke tandas atau ke pantry dan mengambil air untuk diminum. Berjalan juga mampu merenggangkan otot-otot anda yang tegang sepanjang anda duduk menyiapkan tugasan kerja tadi. Selain mampu merenggangkan otot, anda juga dapat menyegarkan mata anda dan minda anda sebentar untuk refresh kembali segala tenaga yang hilang.

Sumber ActiveCampaign

Artikel lain: Permohonan IJM Scholarship 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More