Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Pengenalan kepada UASA

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) telah diperkenalkan dan sudah dilaksanakan mulai tahun ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan UASA untuk dimulakan di semua sekolah bermula Januari 2023.

Apa Itu UASA?

UASA adalah akronim bagi Ujian Akhir Sesi Akademik, dan telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pelaksanaan sesi persekolahan tahun 2023. Ianya akan mula dilakukan pada minggu ketiga bulan Januari 2023, dan bakal diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Siapa Yang Terlibat Dengan UASA?

Ujian Akhir Sesi Akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua:

  1. Tahun 4
  2. Tahun 5
  3. Tahun 6

dan juga murid sekolah menengah peringkat menengah rendah:

  1. Tingkatan 1
  2. Tingkatan 2
  3. Tingkatan 3

Pelaksanaan UASA adalah bagi sesi akademik semasa sahaja, dan tertakluk kepada semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) seperti berikut:

  • Murid yang berada di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri yang berdaftar dengan KPM
  • Murid yang berada di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan maklumat mereka didaftarkan dalam APDM

Bagaimana UASA Dinilai?

Penilaian atau pentaksiran untuk UASA telah ditetapkan format dan tahapnya oleh pihak KPM bagi memudahkan pendidik untuk mendedahkan serta membantu persediaan murid sebelum menduduki ujian ini.

Instrumen pentaksiran serta panduan pemarkahan bagi murid tahap dua sekolah rendah akan melibatkan lima mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

Bagi murid sekolah menengah peringkat menengah rendah pula, instrumen penilaian melibatkan 20 mata pelajaran:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Geografi
  5. Bahasa Arab
  6. Bahasa Cina
  7. Bahasa Tamil
  8. Bahasa Punjabi
  9. Bahasa Iban
  10. Bahasa Kadazandusun
  11. Bahasa Semai
  12. Pendidikan Islam
  13. Matematik
  14. Sains
  15. Asas Sains Komputer
  16. Reka Bentuk dan Teknologi
  17. Maharat Al-Quran
  18. Usul Al-Din
  19. Al-Syariah
  20. Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah
Pengenalan UASA
KPM mengadakan ujian pada sesi akademik bermula tahun ini. – Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad (Sumber: Berita Harian)

Senarai Koleksi Kertas Peperiksaan

Di sini terdapat beberapa pautan koleksi kertas peperiksaan yang lepas untuk sumber rujukan semua:

KOLEKSI

PAUTAN

Contoh kertas soalan peperiksaan Tahun 4

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 4

Contoh kertas soalan peperiksaan Tahun 5

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5

Contoh kertas soalan peperiksaan Tahun 6

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 6

Contoh kertas soalan peperiksaan Tingkatan 1

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1

Contoh kertas soalan peperiksaan Tingkatan 2

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

Contoh kuiz Tingkatan 3

Koleksi Kuiz Online Tingkatan 3

Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi panduan buat pelajar dan ibu bapa serta guru dalam menghadapi sesi persekolahan 2023 dan seterusnya, terutama dengan format UASA yang bermula tahun ini. Selamat maju jaya buat semua pelajar yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik untuk Januari 2023.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More