Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ujian Swab COVID-19 Tak Batalkan Puasa

3 Hari saja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa. Setaiap tahun bulan Ramadhan disambut dengan kegembiraan tanpa kerisauan, namun tahun ini sangat berbeza suasananya.

Berikutan penularan wabak COVID-19, umat Islam di dunia khususnya di Malaysia bakal melakukan ibadah puasa dalam perintah kawalan pergerakan.

Ini bermakna tiada lagi bazar Ramadan, solat Terawih di masjid, majlis berbuka puasa dan pelbagai aktiviti amal yang lain.

Negara kita kini berada di landasan yang baik dalam memerangi penularan wabak merbahaya ini selepas menyaksikan jumlah kes harian di bawah paras 100 untuk beberapa hari kebelakangan.

Bila tiba bulan Ramada timbul pula pertanyaan di kalangan umat Islam sama ada ujian swab ke dalam rongga hidung boleh membuatkan puasa batal atau tidak.

Perkara ini telah diulas dengan cukup baik oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Abidin dalam kenyataannya pada hari ini. Semoga ianya dapat menjawab segala tanda tanya anda semua.

Ujian Swab

Ujian Swab

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

 

Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.

“Maka puasa individu sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.

“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.

“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.

“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuk perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.

“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya.

Kredit : BHOnline

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More