Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros

Pokok Bunga Mawar atau ros adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan.  Terdapat pelbagai jenis dan spesis ros di serata dunia.

Sering dijadikan sebagai simbol cinta dan persahabatan.  Kecantikannya menjadi kegemaran setiap wanita.  Dalam bidang kosmetik juga ia banyak digunakan sebagai salah satu bahan untuk produk kecantikan.

Berikut adalah perkongsian daripada FB Zunita Ramli berkenaan sejarah dan fakta menarik ros.

Selain dari kebaikannya pada kulit, ros ni sebenarnya tumbuhan yang sungguh unik dan sarat dengan sejarah tau.

Jom baca 10 fakta menarik pasal bunga ros 😁

1. Fossil ros yang pertama dijumpai di Florissant, Colorado. Fossil bunga ros ni dianggarkan berusia 35 juta tahun dan kini disimpan di Florissant Fossil Beds National Monument, Amerika Syarikat.

Bunga Ros

2. ros hitam sebenarnya tidak wujud – ianya hanyalah ilusi minda sahaja. Spesis ros yang seakan-akan warna hitam adalah The Turkish Halfeti, di mana ianya sebenarnya berwarna merah gelap (dark reddish-crimson color).

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 1

3. ros paling mahal dalam dunia adalah Juliet yang berharga RM20 juta untuk dibungakan (to breed) dan mengambil masa 15 tahun untuk berbunga.

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 2

4. “Applause” adalah ros biru yang pertama wujud pada November 2009, dibungakan oleh Suntory Flower Limited, Tokyo. Sebelum itu, tiada ros berwarna Biru.

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 3

5. Bunga ros paling besar yang berkembang di dunia adalah bersaiz 84cm diameter dengan tangkai setinggi 1.8m. ros ini ditanam di California, Amerika Syarikat.

6. NASA telah menghantar bunga ros pertama ke angkasa lepas pada tahun 2002 untuk mengkaji kesan graviti rendah pada bau bunga ros. Ideanya adalah untuk tingkatkan bau pada banyak produk konsumer.

7. Bunga ros paling tua di dunia berusia 1000 tahun, yang terletak di St. Mary’s Cathedral, Jerman. Bunga ini dipercayai ditanam sekitar tahun 815.

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 4

8. Semua spesis ros ada 5 kelopak, kecuali Rosa Sericea yang hanya ada 4 kelopak sahaja. Spesis ini biasanya dijumpai di Gunung Himalaya dengan altitud 2-4km.

9. Gugusan rimbunan ros paling besar di dunia mempunyai lebih 200,000 kuntum bunga ros, iaitu di Tombstone, Arizona.

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 5

10. Rose Hip (buah Bunga ros) mengandungi sumber vitamin C yang sangat tinggi, begitu juga dengan Vitamin A dan B. Rose Hip dikatakan tumbuhan yang paling tinggi Vitamin C.

10 Fakta Menarik Mengenai Bunga Ros 6

.
#RoseFunFacts

SEMOGA BERMANFAAT!

sumber : Zunita Ramli

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More