Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Tips Menjaga Sistem Pencernaan Setiap Hari

Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi kecil supaya zat-zatnya mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah.   Sistem pencernaan melibatkan bahagian pencernaan seperti mulut, esofagus dan dubur. Manakala organ pencernaan pula ialah perut, usus kecil dan usus besar.

Tahukah anda bahawa 80% gejala penyakit berasal dari masalah organ pencernaan yang kurang baik,   apabila ada salah satu organ pencernaan yang terganggu maka kesihatan anda juga boleh turut sama terganggu.

Berikut adalah tips untuk menjaga sistem pencernaan yang perlu diamalkan setiap hari demi untuk mengelakkan sistem pencernaan anda dari terganggu.

Isi Kandungan

10 Tips Menjaga Sistem Pencernaan Setiap Hari

1. Minum air secukupnya –

Sila pastikan anda minum air secukupnya.  Disyorkan untuk dewasa minum 8 gelas air setiap hari.

2. Pilih makanan tinggi serat –

Makanan berserat tinggi bagus untuk pencernaan kita. Ia berfungsi untuk membersihkan saluran-saluran pencernaan itu.

3.  Kurangkan makanan terlalu pedas – 

Dikhuatiri ia akan merosakkan dinding perut. Selain itu juga boleh mengakibatkan anda berasa pedih ulu ati,  panas dalam dan cirit birit.

4.  Amalkan minum atau makan Yogurt – 

Yogurt mengandungI bakteria baik yang bagus untuk membantu proses pencernaan bagi melawan bakteria jahat.

5. Kurangkan makanan berlemak – 

Terdapat 2 jenis lemak yang kita perlu ketahui iaitu lemak jahat dan lemak baik.

Pastikan anda mengambil makanan berlemak dalam jumlah yang bersesuaian.  Bagi mengelakkan penyakit.

6. Jangan  menahan kencing – 

Walau apa pun situasi atau dimana anda berada, sila segera membuang air kecil apabila memerlukan.   Akibat sering menahan kencing boleh merosakkan organ pencernaan anda dan boleh mendatangkan penyakit.

7. Elakkan minuman soda berkarbonat –

Hati-hati jika anda sering minum soda.  Kandungan asid di dalam minuman soda sangat tinggi.  Ia boleh mengganggu asid dan gas perut.

8. Kurangkan minuman berkafein – 

Kafein mempunyai kesan yang buruk jika diamalkan dalam jangka masa panjang.

9. Hindari makanan terlalu masam – 

Makanan yang terlalu masam, contohnya jeruk akan mempengaruhi kadar asid di dalam perut kita.

10. Amalkan Makan Buah-buahan – 

Amalan makan buah-buahan setiap hari sangat baik untuk membantu proses pencernaan. Antara buah-buahan yang terbaik diamalkan adalah buah pisang, epal dan betik.

Semoga dengan perkongsian tips-tips yang diberikan ini akan dijadikan sebahagian dari amalan seharian anda.  Supaya ia dapat membantu dalam memastikan organ dan sistem pencernaan anda sentiasa terpelihara dan dapat menghindari pelbagai jenis penyakit.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More