Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Tips Mudah Mencuci Pakaian Menggunakan Mesin Basuh dengan Betul

Sekiranya anda sering mengalami pelbagai masalah semasa mencuci pakaian anda, di sini dikongsikan 10 Tips Mudah untuk Mencuci Pakaian Menggunakan Mesin Basuh anda dengan Cara yang Betul.

10 tips mudah mencuci pakaian
10 Tips Mudah Mencuci Pakaian Menggunakan Mesin Basuh dengan Betul 2

Isi Kandungan

10 Tips Mudah Mencuci Pakaian Menggunakan Mesin Basuh dengan Betul

1.  Membersihkan Kotoran Degil dari Pakaian Lain

Apabila anda hendak mencuci pakaian di dalam mesin basuh, anda harus memastikan pakaian anda tidak mempunyai kotoran yang degil dan jelas yang boleh bercampur aduk dengan pakaian yang lain contohnya seperti kotoran najis bayi, muntah dan lain-lain sebelum  diletakkan di dalam mesin basuh .

Kotoran-kotoran ini perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan bersama pakaian yang lain ke dalam mesin. 10 tips mudah mencuci pakaian ini penting kepada para suami dan isteri diluar sana.

2.  Pakaian Putih dan Berwarna Dibasuh Secara Berasingan

Anda harus mengasingkan antara pakaian berwarna putih dan warna lain untuk menjadikan hasil cucian anda lebih bersih dan supaya ia tidak bercampur warna sekiranya mencuci semua sekaligus di dalam mesin basuh. 10 tips mudah mencuci pakaian ini termasuk dengan pemilihan baju untuk kita basuh.

3.  Kuantiti Air Mencukupi

Sekiranya anda mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, anda harus pastikan kuantiti air yang dimasukkan ke dalam mesin mencukupi dan banyak. Kuantiti air yang banyak lebih baik berbanding air yang kurang. Air yang banyak dapat mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif dan mengelakkan mesin cepat rosak. selain dari 10 tips mudah mencuci pakaian , air sangat memainkan peranan.

4.  Tidak Lebih Muatan

Apabila anda menggunakan mesin basuh, sila pastikan kuantiti pakaian anda tidak melebihi muatan yang ditetapkan.  Ini bagi mengelakkan pakaian anda tidak dapat dicuci dengan sempurna dan bersih. Ini adalah salah satu dari 10 tips mudah mencuci pakaian.

5.  Memilih Pencuci Pakaian yang Terbaik dan Sesuai

Sekiranya setelah dicuci,  pakaian anda masih lagi berbau hapak dan tidak wangi, ketahuilah bahawa sabun pencuci yang anda gunakan tidak sesuai.  Banyak sabun-sabun yang terkenal di pasaran mengandungi lemak haiwan dan kanji di dalam isi kandungannya.

Anda harus peka mengenai kandungan sabun pencuci sebelum membelinya. Kadang kala ia menjadikan pakaian anda bukan sahaja berbau hapak, malah lama kelamaan warnanya akan mudah pudar dan kain akan mudah mereput.

Oleh itu, selain dari 10 tips mudah mencuci pakaian, sangat penting untuk anda memilih sabun pencuci pakaian yang terbaik dan sesuai untuk anda sekeluarga.

6.  Menggunakan Sabun dan Pewangi

Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh haruslah dilengkapi dengan sabun pencuci dan pewangi. ianya juga merupakan 10 tips mudah mencuci pakaian.  Kombinasi dari kedua-dua bahan pencuci tersebut, akan menghasilkan pakaian anda menjadi lebih wangi dan tidak berbau hapak.

Sabun pencuci pakaian berfungsi untuk menanggalkan kotoran-kotoran yang terlekat pada baju dan membersihkan tekstur pakaian anda dengan lebih berkesan dan mendalam manakala pewangi pula bertindak memberi wangian kepada pakaian dan akan meresap secara semulajadi setelah anda menjemur pakaian di tempat yang panas.

7.  Memilih Sabun Cecair Berbanding Sabun Serbuk

Sabun berasaskan cecair dan sabun serbuk kedua-duanya sangat berkesan dan boleh digunakan.  Namun, untuk kesan serapan yang mudah dan lebih tinggi,  anda disarankan untuk menggunakan sabun cecair berbanding sabun serbuk.

Selain dari 10 tips mudah mencuci pakaian, antara masalah utama menggunakan sabun serbuk ialah apabila ia tidak larut dengan betul dan meninggalkan kesan sabun di pakaian.

8.   Membilas Pakaian dengan Sempurna

Sekiranya anda menggunakan mesin basuh semi automatik, sebelum dialihkan ke bahagian pengering pastikan tiada bekas-bekas sabun dan buih yang masih terlekat di baju. Buih-buih sabun yang masih terlekat dibaju akibat bilasan yang tidak lengkap dan sempurna juga adakalanya ia akan menyebabkan pakaian berbau hapak dan tidak wangi. Menurut artikel berkenaan dengan cara basuh baju guna tangan ini, ianya boleh dilakukan tanpa menggunakan mesin basuh sambil membuat regangan tangan. Ianya mestilah selari dengan 10 tips mudah mencuci pakaian bagi menjamin kebersihan baju kita.

Bagi anda yang menggunakan mesin basuh automatik, adalah memadai untuk anda memastikan jumlah had pakaian dan air mencukupi dan bersesuaian untuk hasil bilasan yang lebih bersih.

9.   Mengeringkan Pakaian dengan Suhu yang Bersesuaian

Ianya juga salah satu dari 10 tips mudah mencuci pakaian. Mengeringkan pakaian menggunakan mesin basuh memerlukan anda menentukan suhunya. Suhu terbaik untuk mengeringkan pakaian adalah 40 sehingga 60 darjah celcius. Mesin basuh telah disetkan suhunya dan sekiranya ia terlalu panas, anda boleh rendahkan masa untuk proses pengeringan dijalankan dan termasuk dalam 10 tips mudah mencuci pakaian.

10.  Menjemur Pakaian di Tempat yang Panas

Tiada masalah sekiranya anda tidak mempunyai mesin pengering pakaian.  Anda hanya perlu menjemur pakaian yang baru dicuci di ampaian yang terdedah dengan cuaca panas matahari.  Cuaca panas menjadikan pakaian yang dijemur mengeluarkan haba dan automatik menyejatkan air dari fabriknya.  Berbanding dengan menjemur pakaian di tempat yang tiada cahaya matahari, haba pakaian yang berkumpul dan terperap menjadikan pakaian mudah berbau hapak.

Selain dari 10 tips mudah mencuci pakaian ini, anda juga boleh amalkan Cara Betul Cuci Periuk Nasi, Elak Cepat Basi untuk menjadikan dapur anda tetap kemas dan cantik.

Semoga dengan 10 tips mudah mencuci pakaian ini dapat membantu memudahkan kerja-kerja anda untuk mencuci pakaian dan mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.

Diharapkan 10 tips mudah mencuci pakaian ini membantu semua. SEMOGA BERMANFAAT!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More