4 Langkah Mudah / Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir
Ini Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir Yang Perlu Anda Tahu!
Menurut laporan Berita Harian sebelum ini, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd mendedahkan bahawa hanya 11% atau kira-kira 123,000 daripada 1.11 juta pelanggan yang mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam di dalam pelan komprehensif mereka pada dua tahun lalu. Angka ini sebenarnya adalah sangat sedikit dan rendah.
Mengambil kira risiko banjir yang semakin kerap berlaku pada ketika ini, anda yang terlibat dengan banjir adalah sangat perlu mempertimbangkan pengambilan perlindungan tambahan peril khas di dalam polisi komprehensif anda.
Ingat, kos untuk membaiki kerosakan kereta akibat banjir adalah agak tinggi dan untuk mengelakkan kerugian pada masa akan datang, maka ambillah insurans ini yang harga atau premiumnya hanyalah 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan sahaja.
Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku kelak. Justeru, tidak salah untuk bersiap sedia daripada sekarang.
Jom ikuti perkongsian Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir di bawah.
Isi Kandungan
Adakah Kereta Anda Mempunyai Insurans Untuk Bencana Alam / Banjir?
Menurut sebuah perkongsian di Facebook daripada Sakina Mohamed, keretanya pernah dilindungi insurans sepenuhnya jika berlaku banjir.
Sakina menyatakan keretanya pernah ditenggelami air hampir sepenuhnya kerana banjir kilat dan dia menyatakan jika tidak mengambil insurans lagi sakit kesan akan datang kepada pemilik kereta.
Menurutnya, semua kereta secara am nya tidak dilindungi insurans jika rosak akibat banjir, bencana alam, kemek kerana ditimpa dahan pokok ketika ribut, dan sebagainya. Oleh itu, pemilik kereta dikehendaki mengambil insurans tambahan untuk cover perkara tersebut sendiri.
Justeru, jika sudah mengambil insurans macam mana pula Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir yang perlu kita buat?
Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir
Jika kenderaan anda ditenggelami air banjir dan ingin dapatkan cover daripada PERILS, ini Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir yang anda perlu lakukan iaitu:
- Jangan hidupkan kenderaan anda. Jangan start enjin.
- Ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda beserta plat kenderaan, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
- Bila banjir sudah mula surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tunda kereta ke balai polis untuk membuat laporan.
- Selepas siap membuat report, anda boleh menghantar kereta anda ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claim. Kalau renew dengan ejen, anda boleh call ejen terus.
Coverage banjir ini hanyalah boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, anda memang kena baiki sendiri kereta yang rosak tersebut.
Justeru, jika anda mempunyai Special Perils (flood), boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
Kredit Sumber: Ieza Yusof
Tips Jika Kenderaan Masuk Air / Ditengelami Banjir
Tips apabila kereta anda dimasuki air bagi yang tidak mempunyai insurans banjir adalah:
- Jangan sekali-kali start enjin kereta anda.
- Ini memang mengundang NAHAS kepada poket anda kerana lebih banyak lagi electrical parts akan short circuit sebab masih belum kering lagi.
- Air adalah konduktor elektrik yang sangat cemerlang. Jadi, banyak komponen mekanikal dalam enjin yang akan rosak teruk jika di start pada waktu dalam enjin yang masih mempunyai air banjir yang masuk melalui intake manifold.
- Terus buka hood kereta dan cabut kepala bateri.
- Ini untuk mengelakkan kerosakan electrical parts daripada lebih teruk. Sepatutnya kepala bateri dicabut SEBELUM kereta tenggelam banjir lagi tetapi jika sudah berlaku banjir, anda boleh sahaja mencabutnya.
- Keluarkan terus bateri dari kereta adalah lebih baik.
- Sila keringkan dulu kereta dan JANGAN SESEKALI START enjin.
- Biarkan kereta kering sendiri dan tunda ke wokshop untuk baiki apabila sudah selesai langkah yang dinyatakan di atas.
- Anda tidak perlu memasang bateri atau start enjin sehinggalah mekanik sendiri yang memasangnya apabila sudah siap baiki.
Jika anda mengikuti langkah dan tips di atas, in sha Allah banyak parts yang boleh diselamatkan.
Biarkan lumpur banjir kering asalkan electrical parts (ECUs, Control Modules) yang mahal beribu-ribu itu masih boleh diguna selepas kering nanti.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana.
Bagi anda yang sudah mula pulang ke rumah dan sudah reda daripada banjir, anda boleh manfaatkan tips ini dan semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi yang ingin membuat claim insurans kereta rosak akibat ditenggelami air banjir.
Selain perkongsian tentang Cara Claim Insurans Kereta Rosak Akibat Banjir ini, anda juga boleh dapatkan info-info lain lagi di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.