Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 LANGKAH MUDAH TANAM LIMAU PURUT

TANAM LIMAU PURUT : Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa lemon memberi banyak manfaat kepada kulit wajah. Ia boleh membantu membersihkan, memelihara kelembapan, menanggalkan sel kulit mati, mengecilkan pori, menegangkan, mencerahkan, mengubati jerawat dan merawat kulit berminyak.

Manakala limau purut yang popular sebagai perawat kelemumur sebenarnya turut membawa manfaat besar untuk kulit wajah. Lihat saja bagaimana perubatan tradisional banyak menggunakan limau purut untuk membersihkan tubuh dan menaikkan seri wajah.

Di kampung, limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Ia mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.

Wanita pada zaman dulu menganggap limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.

Daun limau purut pula sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa.

Selain baunya yang menyegarkan, daun limau purut juga kaya dengan pelbagai khasiat.

JOM TANAM LIMAU PURUT

4 LANGKAH MUDAH TANAM LIMAU PURUT 1
TANAM LIMAU PURUT TANAM LIMAU PURUT TANAM LIMAU PURUT

Antara khasiat daun limau purut :

1. Membuang toksin dalam badan

Di antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walaupun baru bangun dari pada tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda patut cuba mandi air daun limau purut untuk detox.

2. Menyegarkan udara

Jika anda duduk dalam tempat yang tertutup dan berhawa sejuk seperti bilik, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara.

Caranya:

– Hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas.
– Letakkan dia atas meja.
Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan bilik anda dan dapat memberikan kesegaran.

3. Menghilangkan bau badan

Selain membuang toksin daripada badan, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan.

Mari kita teruskan dengan cara penanaman pokok limau purut ini :

CARA PENANAMAN

  1. Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
  3. Kemudian siram.
  4. Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.

PENJAGAAN POKOK LIMAU PURUT

  1. Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
  2. Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
  3. Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
  4. Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More