Sumber Rujukan Globalisasi Anda

55,000 Guru Akan Disuntik Vaksin Sebelum Sekolah Dibuka

Guru Disuntik vaksin sebelum buka sekolah. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memastikan kira-kira 55,000 guru menerima suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka 1 Mac ini.

Isi Kandungan

SENARAI GURU YANG AKAN DISUNTIK VAKSIN TELAH DISERAHKAN

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyerahkan senarai guru berkenaan kepada JKJAV.

“Kita sudah terima (senarai guru) dan sedang diusahakan. Esok kita akan bincang supaya mereka dapat diberi suntikan sebelum sesi pembukaan sekolah.

 

55,000 Guru Akan Disuntik Vaksin Sebelum Sekolah Dibuka 1
Para guru bertugas di sekolah

“Jumlah 55,000 guru ini berada di seluruh negara, kita sedang teliti bagaimana ia boleh dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang disempurnakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, hari ini.

KPM mengumumkan sekolah rendah, kolej vokasional dan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan umum masing-masing akan dibuka pada 1 dan 8 Mac ini.

Kumpulan yang mula bersekolah pada 1 Mac ini ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.

 

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan dengan Guru Disuntik vaksin sebelum buka sekolah memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan kosong di jabatan tenaga kerja semenanjung Malaysia

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More