Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KPM Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah

KPM benarkan kebebasan berpakaian. Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin melalui satu kenyataan media memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembalik hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” katanya.

Tarikh pembukaan semula sekolah untuk sesi PdP telah diumumkan secara bersemuka dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.

Beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik.

“Kebenaran tersebut diberikan mengambil kira keadaan semasa dan pertanyaan ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

KPM KELUARKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS 3/1983 : PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH

Bagaimanapun, katanya, murid yang mempunyai pakaian seragam perlu memakai pakaian tersebut tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah.

KPM

Sumber : SINAR HARIAN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More