Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 Manfaat Barli untuk Kesihatan

9 Manfaat Barli untuk Kesihatan

 

Barli kaya dengan nutrien dan mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan anda.

Terdapat dalam pelbagai bentuk di pasaran iaitu bentuk bijian, serbuk juga tepung.

 

Berikut adalah 9 manfaat kesihatan barli untuk kesihatan

 

1. Kaya dengan Nutrien

Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan.

Mempunyai sumber serat, molibdenum, mangan dan selenium yang sangat tinggi.  Ia juga mengandung sejumlah besar tembaga, vitamin B1, kromium, fosfor, magnesium dan niasin.

 

2. Mengurangkan Kelaparan dan Membantu Menurunkan Berat Badan

Barli mengandungi serat larut, yang dapat mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.  Kesannya ia menurunkan berat badan anda.

Barli mampu mengurangkan rasa lapar kerana kandungan seratnya yang tinggi.  Serat larut tersebut yang dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu.

Ini kerana serat larut adalah sejenis serat yang paling berkesan untuk mengurangkan selera makan dan mengurangkan pengambilan makanan.  Ia akan membentuk zat seperti gel di usus anda, yang akan memperlambatkan pencernaan dan penyerapan nutrien. 

 

3.  Meningkatkan Kesihatan Usus

Barli dapat meningkatkan kesihatan usus anda.

Kandungan serat yang tinggi di dalam barli membantu makanan bergerak melalui usus anda dan mendorong keseimbangan bakteria usus yang baik, yang keduanya memainkan peranan penting dalam pencernaan dan ia mampu mengurangkan kemungkinan anda mengalami sembelit.

 

4.  Mencegah Batu Hempedu dan Mengurangkan Risiko Pembedahan Pundi Hempedu Anda

Serat tidak larut yang terdapat pada barli dapat mencegah pembentukan batu hempedu, membantu pundi hempedu berfungsi dengan normal dan mengurangkan risiko pembedahan membuang pundi hempedu.

Batu hempedu adalah zarah pepejal yang boleh terbentuk di pundi hempedu anda (organ kecil yang terletak di bawah hati). Pundi hempedu menghasilkan asid hempedu yang digunakan oleh badan anda untuk mencerna lemak.

Dalam kebanyakan kes, batu hempedu tidak menyebabkan sebarang gejala.   Walau bagaimanapun, ia boleh mendatangkan risiko apabila batu hempedu yang membesar tersekat di saluran pundi hempedu anda dan akan menyebabkan kesakitan yang teruk.   Kes seperti ini memerlukan pembedahan untuk membuang pundi hempedu.

 

5. Beta-Glukans Membantu Menurunkan Kolesterol

Barli juga dapat menurunkan kadar kolesterol anda.

Serat tidak larut yang terdapat pada barli mampu menurunkan kadar kolesterol dengan mencegah pembentukannya dan meningkatkan proses perkumuhan.

Beta-glukan terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL, dengan mengikat asid hempedu.  Tubuh anda akan membuang asid hempedu ini menerusi proses perkumuhan.

 

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Menambahkan barli secara berkala ke dalam diet makanan anda dapat mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol LDL.

 

7. Magnesium dan Serat Larut  Mengurangkan Risiko Diabetes

Barli boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dengan menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan pengeluaran insulin.

Ia disebabkan oleh kandungan magnesium yang tinggi di dalam barli iaitu mineral yang berperanan penting dalam pengeluaran insulin dan penggunaan gula dalam badan anda.

Serat larut di dalam barli juga membantu mengikat air dan molekul lain ketika bergerak melalui saluran pencernaan.  Ia akan melambatkan penyerapan gula ke dalam aliran darah anda.

 

8.  Membantu Mencegah Barah Kolon

Diet yang kaya dengan biji-bijian umumnya dikaitkan dengan pencegahan dari penyakit kronik, termasuk beberapa penyakit barah, terutamanya barah usus besar.

Sekali lagi, kandungan serat tinggi barli memainkan peranan penting.

Seratnya yang tidak larut secara khusus membantu mengurangkan masa yang diperlukan makanan untuk membersihkan usus anda, dengan itu ia akan melindungi usus anda dan dapat mencegah dari barah usus besar. Selain itu, serat larut boleh mengikat karsinogen berbahaya di usus dan mengeluarkannya dari badan anda.

Sebatian lain yang terdapat dalam barli iaitu antioksidan, asid fitik, asid fenolik dan saponin, juga mampu mencegah barah atau memperlambatkan perkembangannya.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan berkenaan penemuan ini.

 

9. Serbaguna dan Mudah Ditambah ke Diet Anda

Barli yang berkhasiat, murah dan serbaguna ini,  mudah ditambahkan ke dalam pelbagai hidangan anda dan boleh dimakan panas atau sejuk.

Dengan kandungan seratnya yang tinggi, barli mampu menjadi alternatif yang baik untuk diamalkan.

Sebagai contoh, barli boleh digantikan dengan nasi juga boleh ditambahkan ke dalam sup, dijadikan salad atau dimakan sebagai sebahagian daripada sarapan.

Anda juga boleh mencuba roti gandum yang mengandungi barli.

Untuk sentuhan unik dan menarik, boleh disediakan sebagai pencuci mulut, contohnya bubur barli, puding barli dan ais krim barli.

 

Sihat dan Bermanfaat

Barli adalah bijirin yang sangat sihat dan berkhasiat.  Ia kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan yang memberi manfaat untuk kesihatan anda.

Ia juga tinggi serat, yang bagus buat sistem pencernaan yang lebih baik dan penurunan berat badan.

Apabila diamalkan di dalam diet anda, barli mampu memberikan pencegahan dan perlindungan dari penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan beberapa jenis barah.

Untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik, amalkan barli yang asli bukan yang telah diproses.

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More