Sumber Rujukan Globalisasi Anda

AWAS! IBU BAPA SERING MENGONGKONG, ANAK MENJADI KEMURUNGAN

IBU BAPA SERING MENGONGKONG : Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Apabila sudah memiliki cahaya mata, setiap detik dilalui bersama si kecil ingin dirakam dan tidak mahu terlepas walau sesaat.Ada kalanya, sikap ibu bapa yang terlalu bimbang akan si kecil menyebabkan mereka sentiasa mengawasi pergerakan anak agar tidak tercedera atau mengalami apa sahaja ancaman termasuk digigit nyamuk.

Sikap sebegitu ada kalanya berlarutan sehingga anak membesar, malah pengawasan yang keterlaluan boleh menyebabkan kanak-kanak berkenaan rimas dan secara tidak langsung boleh menyebabkan si kecil kemurungan.

IBU BAPA SERING MENGONGKONG

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zuria Mahmud, berkata kanak-kanak yang terlalu dikongkong akan memberontak apabila mereka besar kelak.
“Bagi anak-anak, ibu bapa adalah contoh terbaik dan oleh sebab itulah ibu bapa perlu mewujudkan sikap mesra dengan anak.

“Semua ibu bapa berniat baik untuk melihat anak membesar dengan selamat sehingga menganggap tindakan sedemikian seperti mengongkong atau terlalu berkeras adalah cara terbaik dalam mendidik anak,” katanya.

Kanak-kanak yang diberi kebebasan untuk meneroka akan membesar menjadi seorang yang berdikari. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak meneroka sesuatu perkara dengan cara mereka.

AWAS! IBU BAPA SERING MENGONGKONG, ANAK MENJADI KEMURUNGAN 1
IBU BAPA SERING MENGONGKONG

Misalnya, kebanyakan ibu terlalu mengawal kreativiti anak yang sedang membesar. Contohnya memarahi si kecil menconteng dinding, bermain pasir di luar rumah, bermain hujan dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik perhatian si kecil. Perkara ini hanya perlu di biar dilakukan oleh anak kecil agar mereka belajar menikmati zaman kanak-kanak mereka seperti kita semasa kecil bebas melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Kita paham zaman dahulu tidak seperti zaman sekarang yang berteknologi tinggi. Kini segalanya di hujung jari, jadi ibu bapa perlu memantau juga setiap aktiviti anak anda tetapi tidak terlalu mengongkong si kecil.

AWAS! IBU BAPA SERING MENGONGKONG, ANAK MENJADI KEMURUNGAN 2
IBU BAPA SERING MENGONGKONG

Dengan membiarkan si kecil bebas meneroka, si kecil mungkin akan terbabit dalam kemalangan kecil seperti terlanggar bucu meja atau kerusi. Pengalaman itu akan mengajar kanak-kanak berkenaan untuk lebih berhati-hati apabila melalui bucu meja atau kerusi. Cara terbaik adalah ibu bapa hanya mengawasi anak dan pada masa sama memberikan mereka kebebasan untuk meneroka apa sahaja perkara yang mereka ingin lakukan.

Biarkan si kecil merangkak untuk mereka belajar meneroka persekitaran. Jika si kecil merangkak, biarkan sahaja mereka bergerak ke semua arah tapi pastikan mereka tidak mengutip bahan yang ada di lantai dan tidak memasukkannya ke dalam mulut.

Begitu juga apabila membawa si kecil ke padang permainan, biarkan mereka lepas bebas, namun tetap mengawasi si kecil supaya tidak berlari jauh dari pandangan mata.

Dengan kebebasan sedemikian, si kecil membesar dengan fahaman ibu bapa membenarkan mereka melakukan apa sahaja, namun ada batasnya dan pada masa sama ibu bapa tetap menyayangi mereka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More