Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023

Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231 (1980).

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023

Maklumat lanjut Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
(Gred N19)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mac 2023 (Isnin)
  • Badan Berkanun: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
  • Jadual Gaji: RM 1,352.00 – RM 4,003.00
  • Status Pelantikan: Kontrak

Fungsi Bidang Tugas:
**Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon-calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
    dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
    3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);

dan

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon 

Permohonan bagi Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal e-Perjawatan LLM mulai 6 Mac 2023 (Isnin) sehingga 19 Mac 2023 (Ahad).

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. 

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jika ada sebarang permasalahan untuk membuat permohonan, calon-calon boleh merujuk Manual e-Perjawatan LLM ini sebagai panduan membuat permohonan.

Permohonan akan ditolak sekiranya permohonan:

  1. Tidak lengkap
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
  3. Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di JAIS 2023, Jawatan Kosong Di KTMB 2023, Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More