Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Tips Elak Strok Haba Pada Musim Panas Ini

Tips Elak Strok Haba, ini 7 perkara yang anda perlu tahu dan buat untuk terus kekal sihat ketika cuaca panas. Ketika ini, beberapa negeri di Malaysia kini dilanda cuaca panas yang memperlihatkan suhu mencecah sehingga 37 darjah Celcius.

Apabila terdedah dengan cuaca panas, pastinya ia akan memberikan pelbagai kesan kepada tubuh badan kita. Tambah-tambah lagi di bulan puasa, pasti sukar untuk memastikan tubuh kekal berhidrasi. Antara beberapa masalah disebabkan cuaca panas ialah keletihan atau kelesuan haba, pitam atau pengsan, kekejangan dan strok haba.

Sebagai langkah waspada, kita perlu menjaga kesihatan supaya dapat mengelakkan diri daripada kesan yang tidak diingini. Justeru, mari kita baca beberapa tips kekal sihat ketika cuaca panas yang dikongsikan oleh Hello Doktor di bawah ini.

Isi Kandungan

Tips Elak Strok Haba

Ada masanya, Malaysia mengalami cuaca panas yang melampau sehingga boleh menyebabkan berlakunya strok haba.

Seperti yang dapat diperhatikan, cuaca di negara kita pada ketika ini agak panas dengan suhu yang juga tinggi dan mampu mencecah sehingga 40 darjah celsius.

Walaupun ada segelintir individu yang menyukai cuaca sebegini terutamanya pelancong asing, ia sebenarnya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita.

Paling menakutkan, cuaca sebegini boleh menjadi punca terjadinya strok haba (heat stroke). Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan haba dan merupakan kategori yang paling serius. Penyakit ini akan menyebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) dan boleh mengundang maut.

Jadi, antara Tips Elak Strok Haba yang boleh dipraktikkan oleh anda semua adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

Tips Elak Strok Haba

Banyakkan Minum Air Putih Dan Isotonik

Tips Elak Strok Haba yang paling penting adalah anda perlu sentiasa kekal berhidrasi.

Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian anda.

Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.

Kurangkan Minum Air Berkafein, Bergula Dan Beralkohol

Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul.

Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas.

Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.

Luangkan Masa Dengan Bijak

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh individu ketika musim panas adalah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.

Ini bertujuan melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.

Ambil peluang ini untuk memanjakan diri anda dan berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah. Ini Tips Elak Strok Haba yang paling berkesan kerana anda tidak banyak terdedah dengan cahaya matahari secara terus.

Sapukan Losyen Pada Kulit 

Bagi memastikan kulit anda kekal gebu, bersih, sihat dan dilindungi sepanjang musim panas ini, anda boleh sapukan losyen pada kulit.

Gunakan losyen ‘sunblock’ bagi mengelakkan kulit anda terbakar.

Jangan Duduk Lama Di Dalam Kenderaan

Anda tidak sepatutnya duduk di dalam kenderaan terutamanya yang tidak mempunyai penyaman udara untuk waktu yang lama.

Ini kerana bahang yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mendatangkan kemudaratan buat anda.

Pakai Pakaian Yang Sesuai

Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala.

Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini.

Pakai Topi Atau Payung

Selain pakaian, Tips Elak Strok Haba adalah menggunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.

Rancang aktiviti seharian anda seeloknya bagi meminimakan pendedahan anda terhadap panas dan terik cahaya matahari.

Jika berlaku sebarang masalah pada kulit atau kesihatan anda secara umumnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian tentang Tips Elak Strok Haba ini mampu memberi anda ilmu baharu dan bermanfaat untuk anda serta anda dapat menjaga kesihatan dengan baik pada musim cuaca yang sangat panas kini. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More