Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PILIHAN SUSU TERBAIK ABAD 21

Pening untuk buat pilihan susu yang tepat? Susu kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sumber vitaminnya adalah :

  1. vitamin A
  2. vitamin D
  3. vitamin K
  4. kumpulan vitamin B iaitu;
    • riboflavin
    • niasin
    • vitamin B6
    • vitamin B12.

Sumber mineralnya pula adalah :

  • kalsium
  • magnesium
  • fosforus
  • potassium
  • zink
  • ferum/zat besi

Yang Mana Satu Pilihan Susu Anda?

Kalsium adalah penting untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Ia amat diperlukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa untuk kekuatan tulang.

Penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang pada waktu kemuncaknya adalah sehingga umur 20 tahun, dan kemudian berkurangan pada sekitar umur 30 tahun.

Pengambilan kalsium yang mencukupi, ditambah pula dengan pengambilan vitamin D, boleh meningkatkan jisim tulang dan ia juga boleh mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan.

Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein.

PILIHAN SUSU TERBAIK ABAD 21 1
Pilihan susu

Mari lihat perkongsian dari pengguna facebook Intan Shafina mengenai pilihan susu yag terbaik selepas anak berusia 2 tahun.

Kalu korang nak tahu anak selepas Dua tahun pilihan hanyalah freshmilk/fullcream tuk pun sehari 3x sahaja. Say no to FORMULA MILK. Jangan taksub dengan step 1 sampai 7 tahun. Itu adalah marketing stategy masing-masing. Yang penting kita yang tak mudah di pengaruhi. Pastikan freshmilk pilihan korang jenis pasturized. Bukan jenis freshmilk perahan dari lembu terus bagi anak. Risiko contiminated sangat tinggi.

Selepas tamat belajar sebagai kaunselor penyusuan, Intan terus tukar susu anak kepada fresh milk. Pilihan lain boleh pih mana-mana susu UHT. Kalu bawah 2 tahun hanya susu ibu. Jika 1 tahun ke atas jika susu ibu tiada, susu UHT/freshmilk boleh dimulakan selepas 1 tahun kerana 1 tahun kanak-kanak dah mula makan ayam kerana molekul protein ayam lebih besar dari molekul protein freshmilk. Jadi atas satu tahun boleh minum freshmilk jika tiada alahan dengan lactose.

Tetapi ingat 1 tahun ke atas harus di utamakan diet seharian dia dan susu hanya sampingan. Susu bukan keutaman. Sumber kalisum boleh gantikan diet dengan cheese ke, nasi goreng cheese ke kan. Sebab cheese 3x ganda lebih tinggi kalsium dari secawan susu segar. Formula milk akan buat anak anda tolak real food.

Dan kalu nak tahu, ikan bilis kaya dengan kalsium ,vitamin E dan D. Malah lebih baik dari tuna serta ikan siakap kerana ikan bilis kurang kadar pencemaran merkuri kerana ikan bilia jangka hayatnya pendek. Malah kalu makan 10 ekor ikan bilis je dah dpt 80 gram kalsium. Korang makan ikan bilis kira tak?

Makan sayur yang tinggi kalsium dan magnesium seperti brokoli dan superfood seperti chiaseed. Kerana jika anak dapat kalsium sahaja tanpa sumber magnesium tetap tidak akan membantu menguatkan tulang. Seeloknya amalkan magnesium oil ssetiap hari. Sapu di tapak kaki anak setiap malam. Kepentingan Vitamin D juga sangat penting untuk bantu penyerapan kalsium secara optima. Rajin-rajin bawa anak keluar ke taman pagi hari untuk dapatkan sumber vitamin D semulajadi iaitu cahaya matahari sekitar jam 8.30am-9.30am.

Menurut pakar kanak-kanak, Formula Milk lebih tinggi gula dari Fresh Milk ataupun mana-mana susu UHT. Malah formula milk lebih tinggi gula dari susu kotak dutch lady perasa strawberi mahupun coklat yang korang takut nak bagi anak minum sbb tinggi gula kata nya. Sedangkan Formula Milk lagi tinggi gula dari susu kotak tu. Ingat ye, hidden sugar. Tak nampak tapi wujud.

Susu formula terlalu banyak lemak trans dan HIDDEN SUGAR tinggi karbo, malah ada laktosa, sukrosa,maltosa,maltodexrrin. Lagi ada Sugar cane. Ada juga corn syrup solid.HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP.

Dapat bayangkan tak bagaimana cecair boleh tukar jadi serbuk? Sebab tu macam sebelum ni intan pernah cakap mengapa susu formula kene bancuh dengan suhu 70°C dan ke atas? Malah tak boleh campur dengan air masak langsung?Kerana nak mematikan kuman E sakazaki. Kuman tersebut hanya boleh mati pada suhu 70°C ke atas.

Nutrisi formula milk bukan dari bahan semulajadi iaitu dari zat sintetik dan khasiatnya akan berubah-rubah apabila dengan suhu 70°c. Guidline KKM dan UNICEF menyarankan bancuhan susu hanya dengan air panas 70°C dan ke atas. Kerana dari pentingkan nutrisi lebih baik fikirkan keselamatan anak-anak.

Dan korang tahu tak AHA DHA susu formula yang diiklankan dari mana? iaitu dari ALGA sejenis kulapuk.

Berbanding susu ibu AHA DHA dari sumber asli ikan dan daging. Iaitu dari sumber si ibu yang hari-hari makan. So dari lahir sehingga 2 tahun susu ibu sangat keutamaan. Kalu lepas pantang susu drop carilah Kaunselor penyusuan. Bukan Susu Formula. Ramai kaunselor bertauliah di Malaysia. Cari Mereka. Pilihan lain untuk bawah dua tahun hanya ibu susuan bukan susu formula. Tapi tak semua orang boleh terima kan? Teman seangkatan saya mempunyai 5 anak susuan yang bukan ada ikatan persaudaraan. Saya pula baru mempunyai seorang anak susuan.

Sebab tu kadang2 dengan susu formula kita sering dapat masalah sembelit atau cirit sebab ada mende alah ni. Yang buat perut irritate dengan segala jenis unsur gula. Perut sangat sensitif dengan gula. Sebab itu gula adalah pembunuh no 1 rakyat malaysia

Kalu pilih fresh milk mesti yg ikut peraturan pasturization dan KKM approve tau. Bukan yg beli2 semborono aje. Dan Full Cream dah boleh diamalkan selepas setahun. Panaskan macam susu badan.

Ada baca nutrition fact sejenis susu formula jenama A. Macam Kita kononnya mahukan 3 scoop je biar anak tak sembelit. Tapi tahu tak jenama A perlukan 6 scoop per serving untuk lengkapkan keperluan protein secukupnya untuk nutrisi kanak-kanak. CAKNA lebel pada susu anak.

Saya sudah

Anda bila lagi?

Pilihan di tangan anda.

Ingat, bawah dua tahun ialah SUSU IBU

#YourLactationCounselor.

Kaunselor Penyusuan Anda

Kredit : Intan Shafina

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More