Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kuku Anda Kuning? 10 Petanda Awesome yang Boleh Dikenal Pasti, Sila Semak Kuku Anda

KUKU anda adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari.  Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit.

Plat kuku terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.  Ia adalah bahagian kuku yang boleh diihat oleh mata kasar.  Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel lama ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.

Kuku Anda Kuning? 10 Petanda Awesome yang Boleh Dikenal Pasti, Sila Semak Kuku Anda 1
Kuku Anda Kuning? 10 Petanda Awesome yang Boleh Dikenal Pasti, Sila Semak Kuku Anda 3

Isi Kandungan

Tahap Kesihatan Kuku Anda

Dalam bidang perubatan, kuku boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit tertentu.

Berikut adalah tanda-tanda  penyakit yang anda boleh lihat dari kuku :-

kuku anda
Kuku Anda Kuning? 10 Petanda Awesome yang Boleh Dikenal Pasti, Sila Semak Kuku Anda 4

1.  Kuku kebiruan

Kuku kebiruan atau kuku bluish, ia adalah petanda bahawa tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema dan Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) juga sesetengah masalah jantung.

2. Kuku kuning

Jangkitan kulat adalah faktor penyebab kuku berwarna kekuningan yang paling biasa.

Apabila jangkitan semakin teruk, ia boleh menyebabkan plat kuku pecah dan terpisah daripada bahagian dasar kuku, dan mengakibatkan kuku menjadi tebal dan rosak.

Terdapat sesetengah kes yang jarang berlaku, kuku kuning menandakan penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

3.  Kuku pucat

Kuku yang sangat pucat boleh menjadi petanda penyakit seperti :-

  • Kegagalan jantung kongestif
  • Penyakit hati
  • Anemia
  • Malnutrisi

4. Kuku putih

Kuku yang berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis dan penyakit kuning (jaundice).

5. Kuku kering dan rapuh

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh mempunyai hubung kait dengan penyakit tiroid.

6. Bengkak dan kerengsaan sekitar kuku

Jika terdapat jangkitan yang menyebabkan bahagian sekitar kuku kelihatan kemerahan, bengkak dan mengalami kerengsaan.  Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung.

7.  Garis gelap di bawah kuku

Sila segera berjumpa doktor, sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku anda.  Ia mungkin petanda kanser melanoma iaitu kanser kulit paling berbahaya.

8. Tabiat Mengigit Kuku (Gnawed Nails)

Ia mungkin dianggap satu tabiat yang biasa dan tidak berbahaya tetapi terdapat beberapa kes yang mendapati ia merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan susulan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan obsesif-kompulsif.

Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu  mendapatkan nasihat doktor.

9.  Kuku ripple

Seandainya pada permukaan kuku anda menjadi tidak rata seperti ada lekukan kecil berombak-ombak dan warna kulit di bawah kuku menjadi tidak sekata seperti berwarna coklat kemerah-merahan, ia mungkin petanda awal penyakit psoriasis atau keradangan arthritis.

10. Garisan putih pada kuku (Muehrcke’s Nail)

Seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein dalam badan mereka.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah petanda penyakit yang serius atau berbahaya.

Berjumpa pakar

Walaupun bukan semua masalah-masalah kuku seperti di atas adalah bahaya atau petanda penyakit, diharapkan anda tidak ambil mudah.

Sekiranya terdapat kebimbangan melihat perubahan pada kuku anda, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi.

sumber : MyHealth & Wikipedia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More