Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bahaya Penapis Air kepada Kesihatan Mulut Anda

Isi Kandungan

Adakah satu keperluan?

Lambakan pelbagai jenama penapis air sama ada dari tempatan atau luar negara berada di pasaran.

Maka, tidak hairanlah semakin banyak kediaman yang memasangnya.  Menjadi persoalan,  adakah ia satu keperluan semua?

Untuk makluman anda, syarikat pengurusan bekalan air di Malaysia seperti Syabas, telah menetapkan standard taraf kualiti air di negara kita berpandukan standard yang telah ditetapkan olehWorld Health Organization (WHO).

Kandungan klorin dan florida di dalam air di negara ini adalah selamat untuk digunakan sebagai air minuman.   Maka, pemasangan penapis air di dalam kediaman adalah pilihan sendiri, bukan satu keperluan.

Kesan penapis air kepada kesihatan mulut

Kandungan klorin dan florida dan pelbagai mineral lain yang terdapat dalam air paip anda, sebenarnya adalah satu cara yang paling selamat, jimat dan efektif dalam mencegah penyakit karies gigi.

Kajian membuktikan alat penapis air dengan sistem osmosis berbalik akan mengurangkan atau menyingkirkan bahan-bahan tersebut.  Akibatnya, ia akan menjadi salah satu kesan buruk yang secara tidak langsung kepada kesihatan mulut kita.

Penapis Air

Pilih penapis air yang bersesuaian

Tiada masalah sekiranya anda ingin menggunakannya dengan alasan untuk menapis  bendasing dan warna yang terdapat dalam air.  Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan :-

  • Pastikan ia berdaftar dan diiktiraf oleh SIRIM.
  • Pastikan ia diselenggara secara berkala contohnya 3 bulan sekali.

Pilihan untuk memasang  penapis air di rumah atau pejabat adalah terletak di tangan anda.  Walaupun ia mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan mulut anda tetapi kita juga tidak boleh menafikan keberkesanannya dalam menapis bau, warna dan tekstur air.

Tidak ada masalah juga jika anda tidak mahu menggunakannya. Anda masih boleh terus menggunakan cerek untuk memasak air.

“Tepuk Dada, Tanyalah Selera”

Semoga bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More