Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Manfaat Pokok Sambung Nyawa

Pokok Sambung Nyawa (atau akar sebiak) merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat.  Biasanya ia dimakan sebagai ulam.  Ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Isi Kandungan

Berikut adalah 10 Manfaat Pokok Sambung Nyawa

1. Menurunkan tekanan darah

Pokok Sambung Nyawa dikatakan dapat menurunkan tekanan darah.  Ia dipercayai dapat mencegah pembekuan darah.  Selain itu, ia juga dapat membantu membuang natrium berlebihan di dalam badan yang menjadi punca tekanan darah tinggi.

2. Membantu rawatan buah pinggang

Menjadi bahan alternatif bagi membantu merawat penyakit buah pinggang.

3. Merawat saluran pencernaan

Dipercayai dapat mengatasi beberapa masalah sistem pencernaan kerana ia berkemampuan membuang toksin dalam badan.  Ia juga boleh mengatasi masalah gastrik.

pokok sambung nyawa
10 Manfaat Pokok Sambung Nyawa 2

4. Mengatasi radang esofagus

Membantu mengatasi keradangan esofagus.  Esofagus adalah saluran yang berada di kerongkong bersambung ke perut. Gangguan esofagus boleh mengganggu kerja saluran pencernaan.  Kandungan di dalam daun ini dapat  memberikan kesan anti-inflamasi yang dapat melegakan keradangan esofagus.

5. Membantu mengatasi tonsilitis

Tonsillitis umumnya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.  Penghidap tonsilitis menghadapi kesukaran untuk menelan makanan.

Mengandungi antibakteria yang mampu mengatasi tonsilitis.  Ia membantu melegakan jangkitan tersebut. 

6. Mengatasi gejala resdung

Membantu mengatasi resdung.  Sinusitis atau resdung adalah sejenis gangguan pernafasan.  Gejala penyakit ini termasuk sakit kepala, hidung berair atau hidung tersumbat dan sakit di bahagian muka.

Anda boleh menggunakan daun pokok sambung nyawa untuk melegakan atau menghilangkan simptom resdung.

7. Mencegah barah dan tumor

Membantu mencegah penyakit barah dan tumor.  Ia mengandungi banyak sebatian antioksidan yang dapat mengelakkan radikal bebas yang merupakan salah satu penyebab barah.

8. Hentikan pendarahan

Sekiranya dicampur dengan kunyit dan beberapa bahan lain, dipercayai ia dapat mengatasi pendarahan atau pendarahan rahim setelah melahirkan juga dapat melancarkan haid.

9. Mengatasi buasir

Membantu mengatasi buasir.  Buasir adalah pembengkakan urat dan keradangan pada rektum yang kadang-kadang disertai dengan pendarahan.  Pengambilan daun sambung nyawa sebagai ulam atau jus secara berkala dapat melegakan simptom buasir.

10. Rawatan jangkitan kulit

Mampu mengatasi pelbagai jangkitan kulit mulai dari gigitan serangga hingga bisul.  Ia dapat menghilangkan rasa sakit dan melegakan simptom seperti gatal yang biasanya muncul ketika jangkitan kulit berlaku.

Menarik untuk anda baca: 7 khasiat peria katak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More