Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Membersihkan Tandas Secara Optimum

Isi Kandungan

Panduan Membersihkan Tandas Secara Optimum

Inilah semua yang perlu anda ketahui mengenai menjadikan tandas anda bersih berkilat.

Tandas adalah salah satu tempat yang paling kerap digunakan di rumah anda, yang bermaksud ia memerlukan tahap perhatian tertentu ketika hendak menjalankan kerja pembersihan.

Berikut adalah alatan yang perlu anda sebelum anda melakukan pembersihan

  • Penyembur pembasmi kuman
  • Tisu pakai buang
  • Sepasang sarung tangan pembersih
  • Pembersih mangkuk tandas, baik yang anda sediakan sendiri atau pilihan yang dibeli di kedai
  • Berus tandas
Membersihkan Tandas
Membersihkan Tandas Membersihkan Tandas Membersihkan Tandas

1. Fokus keseluruhan tandas

Semasa membersihkan tandas, kebanyakan orang cenderung fokus kepada bahagian dalam mangkuk tandas sahaja, sebenarnya setiap inci memerlukan perhatian.  Anda seharusnya fokus juga kepada seluruh bahagian luar mangkuk termasuk kawasan yang sukar dijangkau seperti bahagian belakang dan bahagian bawah tempat duduk juga dinding di belakang dan di sebelah mangkuk tandas dan bahagian tandas yang lain.

2. Membersihkan Mangkuk

Gunakan mana-mana pencuci mangkuk tandas yang anda suka dan ingat untuk meletakkannya di bawah penutup mangkuk. Kemudian, biarkan sehingga lima hingga sepuluh minit agar ia berfungsi sepenuhnya, sementara menunggu anda boleh teruskan kerja pembersihan di bahagian yang lain.

3. Cuci dari bahagian atas ke bawah

Dengan menggunakan tisu pakai buang,  spray dan ratakan pembasmi kuman dari bahagian atas ke bawah.  Disyorkan untuk membersihkan bahagian luar mangkuk tandas atau dinding tandas anda menggunakan kertas tisu pakai buang daripada menggunakan kain basah.  Buangkan tisu pakai buang tersebut selepas digunakan.  Ia lebih baik daripada menggunakan kain kerana kemungkinan besar kuman akan lebih mudah membiak di atasnya.

4. Gosokkan kesan kotoran degil

Untuk kesan kotoran mangkuk tandas yang sukar, ambil berus tandas dan pencuci kotoran degil yang bersesuaian untuk menggosok bahagian dalam mangkuk atau di bawah penutup.  Sekiranya anda melihat kesan berwarna karat di dalam mangkuk, mungkin ia adalah kesan mineral dalam sistem air anda.

5.  Kebersihan adalah kunci

Sebagai langkah terakhir, berus di bawah penutup tempat duduk dan tuangkan peluntur atau larutan pembersih ke dalam mangkuk tandas. Biarkan sebentar, kemudian bilas dengan air.

Setelah selesai kerja pembersihan, bersihkan bekas berus dengan mengisinya dengan air sabun suam atau anda juga boleh membuangnya di tandas.   Sila pastikan anda tidak meletakkan berus lembap terus ke dalam bekas sebelum mengeringkannya.  Dicadangkan, anda membiarkan berus kering sepenuhnya terlebih dahulu, sebelum menyimpannya, bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Setelah tandas bersih, anda mungkin mahu segera membuka sarung tangan anda. Tetapi diingatkan terlebih dahulu anda perlu mencuci sarung tangan anda dengan sabun dan air panas.   Ini adalah kaedah terbaik untuk memastikan sarung tangan anda telah bersih sebelum dibuka. Gantung sehingga kering.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More