Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Agropreneur Tawar Geran 20K Tanpa Bayaran Balik

Agropreneur menawarkan geran kepada petani dan peniaga kecil mungkin ramai yang masih tidak tahu. Program ini di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFI). Geran ini diberi ada berbentuk wang tunai dan ada juga berbentuk bantuan alatan seperti mesin yang peniaga gunakan atau sebaliknya.

agropreneur

Apa itu Program Agropreneur Muda?

Seperti yang dikongsi menerusi laman website rasmi MAFI, Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

agropreneur

Objektif Program

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Skop Program

Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Makanan Dan Asas Tani
  5. Agroteknologi

Kumpulan Sasar 

Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda.

Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan disyor untuk memohon skim pembiayaan Program Agropreneur Muda.

Syarat Permohonan

Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  • Boleh membaca, mengira dan menulis

Syarat Tambahan Permohonan Geran

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKANdari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKANdaripada mengikuti program latihan teknikal.
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk perluasan kapasiti; dan
  3. Pelaksanaan pembiayaan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Agrobank dan TEKUN Nasional yang berkuat kuasa.

Jenis Bantuan

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:

Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Pembiayaan

Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Project Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Had pembiayaan mengikut agensi pembiaya adalah seperti berikut:

  • Agrobank – RM 50,000.00 hingga RM 500,000.00 bagi setiap projek
  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000.00 bagi setiap projek

Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan

Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.

Cara Permohonan

  1. Semua permohonan dikehendaki menggunakan Borang UAM 01/14.
  2. Penerima geran juga layak untuk memohon pembiayaan.

Carta Aliran Proses Permohonan

Boleh rujuk di poster untuk catar aliran proses permohonan geran ini.

agropreneur

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi laman facebook rasmi Program Agropreneur.

Kongsi mereka: “Tahukah anda Geran Agropreneur Muda adalah geran yang menawarkan bantuan berbentuk barangan bernilai RM20,000 tanpa bayaran balik. Permohonan dibuka sepanjang tahun, mohon sekarang!”

agropreneur

Jadi mohon sekarang dan boleh layari laman rasmi MAFI info tambahan dan muat turun segala borang permohonan. Semoga berjaya!

Jika inginkan maklumat lain berkaitan bantuan-bantuan kerajaan, boleh layari di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More