Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, YDPA Ke-17

Berikut adalah tarikh-tarikh penting istiadat pertabalan YDPA ke-17, iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.
Isi Kandungan
Biodata Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar
Berikut adalah biodata ringkas Yang Di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

| Nama Diraja | Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar |
| Keputeraan | Diputerakan Pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor, Malaya |
| Pasangan Diraja | Raja Zarith Sofiah |
| Anak Diraja | 1. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (Diputerakan Pada 30 Jun 1984) 2. Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (Diputerakan Pada 8 April 1986) 3. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (Diputerakan Pada 25 Disember 1987) 4. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (5 Julai 1990 – 5 Disember 2015) 5. Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Diputerakan Pada 5 Februari 1993 6. Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (Diputerakan Pada 30 Mei 2001) |
| Tarikh Pemerintahan Sebagai Tunku Mahkota Johor | 3 Julai 1981 – 23 Januari 2010 |
| Tarikh Pemerintahan Sebagai Sultan Johor | 23 Januari 2010 – Kini |
| Tarikh Mula Pemerintahan Sebagai YPDA ke-17 | 31 Januari 2024 |
| Tarikh Istiadat Pertabalan | 20 Julai 2024 |
Tarikh Penting Istiadat Pertabalan 2024
Berikut adalah tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
| Tarikh / Masa / Hari | Aktiviti |
|---|---|
| 18 Julai 2024 – Khamis | Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. |
| 19 Julai 2024 – Jumaat | Bacaan Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan. |
| 20 Julai 2024 – Sabtu (10.00 Pagi) | Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur. |
| 20 Julai 2024 – Sabtu (8.30 Malam) | Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur. |
| 23 Julai 2024 – Selasa | Raja Permaisuri Agong berangkat melawat Hospital Orang Asli Gombak, Selangor. |
| 25 Julai 2024 – Khamis | Pameran Raja Kita di Muzium Negara, Kuala Lumpur. |
| 27 Julai 2024 – Sabtu | Acara Istiadat Pertabalan akan ditutup dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur. |

Daulat Tuanku! Menjunjung kasih Tuanku. Allah Peliharakan Sultan.



