Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu G6PD? Para Ibu Perlu Tahu

Apa itu G6PD? Anda pernah dengar bukan? Biasanya ia dikaitkan dengan tidak boleh makan kacang parang yang boleh menyebabkan pening, demam, sakit belakang, atau pneumonia. Tentu ada para ibu pernah mendengar sebelum ini tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sebenarnya G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan. Jika tidak ambil peduli tentang pantang larang, kemungkinan boleh berlaku permasalahan antaranya sel darah merah mati, sel darah merah pecah, kerosakan hati dan terdapat juga sesetengah kes yang menyebabkan kematian!

Isi Kandungan

Maksud G6PD

Menurut MyHealth G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan berlaku keadaan dikenali sebagai anemia hemolitik. Anemia hemolitik adalah penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.

Apa itu G6PD
Penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah. (Gambar nona.my)

Gejala/Tanda G6PD

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh mendapat gejala termasuk demam kuning bagi bayi baru lahir, sakit perut, sakit belakang, pening, sakit kepala dan dispnea (pernafasan tidak teratur).

Lebih menakutkan ia agak bahaya kepada bayi baru lahir! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera.

Bagaimanapun, kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Secara umumnya, penghidap G6PD akan menjalani kehidupan normal. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya.

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap mempunyai daya ketahanan melawan penyakit Malaria.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Pantang Larang

Masalah G6PD tidak dapat dirawat sepenuhnya. Apa yang penting, seseorang yang menghidap G6PD perlulah mengambil langkah berjaga-jaga berikut: Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan komplikasi. Ikuti panduan seperti berikut.

apa itu g6pd
Kacang parang adalah antara makanan yang harus di elak oleh para pesakit G6PD. (Sumber Google)

Pemakanan

  1. Kacang parang (fava beans)
  2. Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue.
  3. Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya.
  4. Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang.
  5. Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C.
  6. Gula-gula dan makanan berperisa menthol 

Persekitaran

  1. Ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
  2. Ubat gegat (mengandungi napthalene)
  3. Ubat-ubatan cina (senseh)
  4. Ubat-ubatan herba atau jamu
  5. Ubat anti-malaria
  6. Ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

apa itu g6pd

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

 

Artikel Berkaitan: Sakit Di Tapak Kaki atau Plantar Fasciitis

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More