Sumber Rujukan Globalisasi Anda

APA ITU “PARENTAL BURNOUT”?

Parental burnout adalah satu sindrom di mana ibu bapa mula stress dan hilang keyakinan diri untuk menjalankan peranan sebagai ibu bapa.

Terdapat tiga dimensi parental burnout yang telah dikenalpasti oleh pakar: berasa sangat penat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, merasakan semakin jauh daripada anak-anak secara emosional dan berasa tidak efektif dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu atau bapa.

Sindrom ini amat penting untuk dikenal pasti kerana ianya mampu menjadi duri dalam daging kepada kesejahteraan sesebuah keluarga.

Sebenarnya, semua ibu bapa berisiko untuk mengalami burnout, tapi untuk sesetengah ibu bapa, risiko itu lebih tinggi.

Contohnya, seorang ibu akan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan seorang bapa.

Mengapa?

Ini kerana seorang ibu lebih banyak berkorban dan sentiasa mengutamakan keperluan orang lain dari keperluan diri sendiri.

Akhirnya, ibu ini akan mengalami burnout!

Semua ibu mempunyai risiko yang sama, biarpun yang bekerja atau suri rumah.

Cabaran ibu bekerja adalah untuk mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Mereka selalu mengejar masa.

Lain pula kisah buat ibu suri rumah. Mereka jarang mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Apabila mereka rasa terasing dan kurang penghargaan untuk pengorbanan mereka, ini juga boleh menyebabkan mereka burnout.

Tanda-tanda anda mengalami Parental Burnout

  1. Sentiasa berasa penat seharian.
  2. Mudah marah.
  3. Lupa mengenai aktiviti tidak melibatkan anak-anak yang pernah dibuat.
  4. Lupa mengenai banyak perkara yang pernah dilakukan sepanjang tahun-tahun sebelumnya.
  5. Mula mendambakan waktu seperti sebelum mendapat anak.
  6. Mula berfikir yang anak-anak sengaja membuat perangai semata-mata untuk menjengkelkan anda.
  7. Tidak mempunyai idea untuk menimbulkan perbualan dengan orang lain selain daripada mengenai kanak-kanak.
  8. Lupa mengenai perkara-perkara yang anda suka lakukan.
  9. Berasa wajib untuk sentiasa mengatakan anda gembira seratus peratus.
  10. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa aktiviti ketika masa senggang.
  11. Banyak mengeluh tanpa mengetahui puncanya.

Ibu bapa adalah pendidik dan pendorong anak mereka. Apabila mereka tidak mendapat didikan dan sokongan yang diperlukan, akhirnya anak sendiri yang akan menderita.

Anak akan lebih terdedah kepada penderaan fizikal dan emosi dan akan mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Dalam kes lebih teruk, kedua-dua ibu bapa dan anak boleh terjebaK dalam penyalahgunaan dadah atau melakukan sesuatu yang memudaratkan.

Cara untuk mengatasi “parental burnout”

  • Sedar bahawa tiada ibu bapa atau anak yang PERFECT di dunia ini. Jangan paksa anak-anak menjadi perfect kerana akibatnya adalah masalah perkembangan yang serius dan hubungan yang regang dengan mereka.
  • Berfikiran optimistik dan positif. Berikan fokus kepada kelebihan yang ada.
  • Anda tidak mampu mengendalikan semuanya. Burnout boleh dicegah apabila anda mempunyai sokongan cukup. Sedar bahawa anda bukannya seorang superhero yang boleh melakukan segalanya seorang diri.
  • Anda perlu menjadi ibu bapa yang bahagia dan sihat secara fizikal dan mental dahulu, jika ingin melihat anak-anak membesar dengan bahagia dan sihat.

Semoga semua Ibu bapa segera mengambil tindakan jika terdapat tanda-tanda “parental burnout ” di dalam diri agar anak-anak tidak menjadi mangsa.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More