Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Wakaf? Ini Cara Mudah Anda Berwakaf Perigi

Apa itu wakaf? Wakaf dalam bahasa membawa maksud berhenti (وقف), menahan (حبس), menghalang (منع) manakala dalam istilah syarak pula, wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”

JENIS-JENIS WAKAF

  1. Wakaf Khas bermaksud  wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
  2. Wakaf Am bermaksud  sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.

RUKUN WAKAF

  1. Pewakaf (Wakif)
  2. Harta yang diwakafkan (Mauquf)
  3. Penerima wakaf (Mauquf Alaih)
  4. Lafaz Wakaf (Sighah)

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN (MAUQUF)

  1. Harta yang berbentuk kekal yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah atau bangunan.
  2. Harta milik sempurna pewakaf
  3. Harta yang dapat diserahkan dan bukan hartanya ditahan seperti harta orang muflis dan harta anak yatim.

SYARAT-SYARAT SAH WAKAF

  1. Wakaf tidak dihadkan tempoh tertentu.
  2. Tujuan dan maksud wakaf hendaklah jelas.
  3. Wakaf dilaksanakan secara tunai tanpa syarat.
Apa itu wakaf
Hadis yang menggalakkan wakaf perigi.

CARA MUDAH BERWAKAF DENGAN WAKAF PERIGI

UNTUK MAKLUMAN ANDA, MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL KHAIR MENYEDIAKAN KHIDMAT UNTUK ANDA BERWAKAF PERIGI DAN PAM AIR. PAM WAKAF INI KHAS UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM DI INDIA YANG KEBANYAKANNYA MASIH LAGI BERGANTUNG PADA AIR PAM PERIGI UNTUK KEGUNAAN HARIAN. PIHAK MADRASAH MASIH LAGI MENGUMPUL DANA UNTUK PEMBINAAN YANG LEBIH BANYAK DI PERKAMPUNGAN-PERKAMPUNGAN ORANG ISLAM YANG LAIN.

Jika anda berminat boleh klik link dibawah:

http://wasap.my/+60136039796/WaqafPerigiIndia

http://wasap.my/+60136039796/AqiqiqahIndia

Apa itu wakaf
Pihak madrasah juga ada menyediakan Aqiqah di India untuk membantu fakir miskin disana.

1 pam air ini bakal digunakan oleh 1 hingga 4 buah keluarga kebiasaannya. Jadi, kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan bagi memenuhi keperluan masyarakat Muslim di sini.

Dari Anas Radhiyallahu anhu , beliau mengatakan, Rasulullah s.aw bersabda, “Ada tujuh perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba meskipun dia sudah terbaring dalam kuburnya selepas kematiannya (iaitu):

Orang yang yang mengajarkan suatu ilmu, mengalirkan sungai, MENGGALI PERIGI, menanamkan kurma, membangun masjid, mewariskan mushaf atau meninggalkan anak yang memohonkan ampun buatnya setelah dia meninggal.

Hadits ini diriwayatkan oleh Al- Bazzar.
Semoga Allah mengurniakan pahala yang berterusan di atas kemuliaan hati tuan/puan menyumbang bagi pembinaan sumber air ini.

MALAIKAT MENDOAKAN ORANG YANG BERSEDEKAH

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap kali seorang hamba bangun pada waktu pagi hari, terdapat dua malaikat yang turun. Seorang daripada akan berdoa, Ya Allah, berikanlah gantian kepada hambaMu yang BERSEDEKAH. Manakala seorang malaikat lagi turut berdoa, Ya Allah berikanlah kebinasaan kepada hambaMu yang kedekut.” (Riwayat Muslim)

Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf.

PERBEZAAN ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH

Wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat berikut:

1) Harta yang diwakafkan hendaklah berbentuk kekal sifatnya

2) Harta yang diwaqafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarikbalik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah S.W.T buat selama-lamanya

3) Ganjaran pahala pewaqaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakaf boleh diambil manfaatnya

4) Para fuqaha’ berpendapat bahawa waqaf adalah satu-satunya bentuk sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya

Sedekah ialah amalan menyerahkan apa-apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan dan pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T Sedekah boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta seperti makanan, pakaian, barangan, wang dan harta yang kekal .

Dalil Al-Quran yang menggalakkan amalan bersedekah ialah adalah seperti berikut:

“Dan yang dikatakan berbuat baik ialah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak-anak yatim, orang miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat” (Surah Al-Baqarah: 177)

Semoga amalan baik kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T. Akhir kata, marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan melakukan ibadat dengan ikhlas semata-mata kerananya. Disamping itu, kita juga digalakkan untuk bangun dimalam hari untuk menunaikan solat tahajud. Anda boleh baca artikel kami berkaitan Panduan Solat Tahajud sebagai rujukan untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More