Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Solat Sunat Tahajjud Ringkas Beserta Doa dan Qiamullail

PANDUAN SOLAT TAHAJJUD RINGKAS OLEH JAKIM

Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan solat malam (Solat Sunat Tahajud) dan ibadah qiamullail.

Apakah Itu Qiamullail?

Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah

Antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang.

Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja umpamanya, maka ini juga dikira melakukan ibadah qiamullail.

Yang penting ialah keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah dan sentiasa melakukannya kerana keikhlasan dan selalu melakukannya itu akan lebih menghampirkan seseorang kepada Allah SWT.

Antaranya ialah firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)

Panduan Solat Sunat Tahajjud Ringkas

PENGERTIAN: Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. (Namun, boleh juga dikerjakan tanpa perlu tidur terlebih dahulu).

WAKTU: Solat sunat Tahajjud ini boleh dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar.

BILANGAN RAKAAT: Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

panduan

CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJUD :

1. Lafaz niat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”

2. Bacaan Surah

  • Pada rakaat pertama dibaca surah alFatihah dan surah al-Kafirun
  • Pada rakaat kedua dibaca surah alFatihah dan surah al-Ikhlas
    (Boleh juga dibaca mana-mana surah lain)

3. Doa Tahajjud

Berikut adalah doa selepas solat sunat Tahajjud:

panduan

Maksudnya:

“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar,
syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad
SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat
aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku
menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.

Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Setelah selesai mengerjakan solat sunat Tahajjud, boleh diikuti dengan solat sunat yang lain antaranya:

  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Tasbih

MUAT TURUN PANDUAN QIAMULLAIL LENGKAP (PDF) OLEH JAKIM DI SINI: https://bit.ly/PanduanRingkasQiamullailJAKIM

ATAU muat turun fail PDF di bawah:

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More