Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apabila Profession Engineer Setaraf Tapak Kaki

Profession Engineer dah makin teruk? Semalam, saya dapat DM dari seseorang menceritakan kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang Engineer. Saya rasa ia perlu dikongsi untuk membuka minda kita semua. Ikutilah kisah dari beliau:

(Note: Saya ubah serba sedikit struktur ayat untuk anda memahami jalan cerita yang diceritakan oleh penulis asal)

Kisah Profession Engineer

Apabila Profession Engineer Setaraf Tapak Kaki 1
Profession Engineer. Profession Engineer. Profession Engineer. Profession Engineer. Profession Engineer

Assalamualaikum Ir Abd Rahman Bahasa,

Tuan mungkin tak kenal saya tetapi saya kenal tuan setelah beberapa kali follow status tuan di FB.

Banyak jugak dan boleh dikatakan posting tuan menarik minat saya untuk membaca. Kerana itu lah reality pekerja “makan gaji”.

Saya ada sedikit kisah yg nak dikongsikan dgn tuan, kerana saya rasa tuan bukanlah seorang yg judgemental melalui pembacaan saya terhadap posting2 tuan.

Saya tak berani untuk meluahkan atau menceritakan pengalaman2 “makan hati” seperti ni di medsoc kerana terlalu banyak kecaman negatif yg saya terima berbanding komen2 yg membina. Mungkin kerana saya tiada title “Ir” di hadapan nama, mungkin saya jugak “nobody” dlm industri, mungkin jugak saya bukan lah seorang boss yg memiliki syarikat/bisnes sndiri.

Kisahnya begini, saya bukanlah seorang yg cerdik pandai dlm akademik tetapi saya berpuas hati dgn apa yang saya kecapi hari ini kerana ia atas usaha saya sendiri.

Untuk pengetahuan Tuan, saya masih bujang, belum berkahwin tapi saya ada mak ayah yg tidak mempunyai pendapatan tetap dan umur mereka pun sudah lanjut (umur menginjak ke 70an) dan saya juga ada adik2 yg masih belajar.

Selepas SPM, saya meneruskan pengajian ke peringkat diploma dan selepas habis diploma pada tahun 2012, saya bekerja selama 2 tahun. Sebagai anak yg mempunyai pendidikan yang agak baik, saya juga menjadi tulang belakang dalam hal kewangan untuk keluarga saya.

Namun, atas faktor gaji yg rendah dan kenaikan gaji yg terlalu sedikit untuk lepasan diploma. Saya tak mampu utk cover expenses keluarga saya. So, saya decide untuk menyambung pengajian ke peringkat degree. Selain dari faktor gaji, antara faktor lain saya menyambung pengajian ke peringkat degree adalah kerana saya tertarik dgn cara kerja Engineer di tempt saya bekerja pada masa tu.

Dipendekkan cerita, saya graduate degree awal satu sem iaitu pada pertengahan 2017. Selepas graduate:

• Beratus resume saya submit sama ada melalui Jobstreet, Indeed, LinkedIn, Mudah, Website company, direct by hand, postage dll.

Apabila Profession Engineer Setaraf Tapak Kaki 2

• Banyak jugak interview yg saya hadir tapi belum ada satu pun yg lekat pd ketika itu.

Jadi sambil menanti mendapat pekerjaan, saya tolong ibu saya menjual kuih. Pada fikiran saya daripada saya keje part time di kedai makan sambil tunggu peluang pekerjaan, lebih baik saya tolong mak sendiri.

Hari demi hari bersilih ganti, bulan ke bulan telah melepasi. Akhirnya, saya dapat satu panggilan interview dari sebuah Company yang saya namakan Company A. Company A adalah sebuah company kecil, tetapi owner Company A claim mempunyai lesen G7. Company A tidak mempunyai bangunan sendiri dan pekerjanya pula pada awalnya hanya 3 orang. Company A dipunyai oleh sepasang suami isteri. Si Suami adalah seorang BANGSA ASING KULIT PUTIH dan Si Isteri pula adalah Malaysian.

Semasa interview, semua job scope telah dijelaskan dan saya telah capai kata sepakat dengan Company A tentang job scope.

Sehari selepas interview. Alhamdulillah. Saya telah ditawarkan jawatan Project Engineer dengan gaji BERSIH RM2,000. Walaupun berat, tapi saya terima juga tawaran ini kerana saya anggap ini pembuka rezeki saya didalam industry sebagai seorang yang bergelar Engineer.

Kata Boss saya pada masa itu, ini adalah WIN-WIN SITUATION dan saya terus di suruh ke site untuk project construction jalan raya pada 1st day saya bekerja.

Namun, hanya seminggu pertama saje saya menjalankan tugas seperti dlm job scope yg telah dipersetujui semasa Interview. 8 bulan seterusnya, boleh kata siang malam saya bekerja. Siang separuh hari di office siapkan kerja documentation dan sebagainya, malam pula full time dari 8pm-7am di site.

3 bulan pertama kami kerja 4 orang dalam 1 group yang saya namakan Group A, disebabkan progress di site makin banyak. Selepas 4 bulan, baru lah majikan saya hire additional 4 orang lagi pekerja (1 engineer, 3 wireman) dan pekerja2 baru ini dimasukkan dalam Group B. So, bermaksud total manpower company telah meningkat kepada 8-10org.

Walaupun jumlah pekerja telah meningkat. Tapi beban kerja bukan makin berkurang tapi makin bertambah. Manpower tidak setara dengan workload yang diberikan. Maka:

• Waktu kerja dipertaruhkan

• Cuti dibekukan

• OT Tiada

• Elaun tiada.

8 bulan saya bekerja disini, hanya 3 bulan yg pertama sahaja saya merasa Offday pada hujung minggu. Setelah itu, TIADA!

Saya amat terkesan dgn post Tuan mengenai “Boss mungkir janji”. Post itu betul2 mengingatkan saya apa yg berlaku kepada diri saya. Kerana apa?

Kerana pada waktu itu, Boss saya janji akan beri cuti direct 5 hari pada setiap orang. Mulanya, Group B mula bercuti, ENJOY GILA kata mereka. Kerja2 mereka, Group A (saya dalam group ni) yg tolong cover di site.

Apabila Group B habis 5 hari bercuti sakan, tiba masa Group A pulak cuti, hari pertama memang rasa nikmatnya cuti. Saya sgt2 bersyukur

Tetapi, bila masuk hari kedua cuti saya. Boss dah call suruh semua staff masuk kerja kerana project perlu disiapkan segera.

Saya dan rakan di dalam Group A sgt MARAH, KECEWA DAN MEMPERSOALKAN JANJI BOSS.

Tapi akhirnya, kami akur jugak masuk kerja dgn hati yg berat, kerana MANAGEMENT MENGATAKAN KAMI TIADA APPLY CUTI SECARA RASMI DAN TIADA HITAM PUTIH.

TERKILAN. SANGAT TERKILAN

Sebab apa saya terkilan? Sebab Group B bercuti direct 5 hari, tiada juga hitam putih. Boleh pulak! Tapi bila time kami. Lain pulak ceritanya.

Memang kami jadi mangsa keadaan

Akhirnya saya jatuh sakit, badan dah smpai limit. 8 hari saya warded. Tiada seorang pun kawan2 sekerja saya yang datang melawat sebab dorang terlalu sibuk dekat site.

Boss pulak hanya tinggalkan mesej “rest well, come back to work with more energy”.

Saya betul2 makan hati.

Sebab apa? Sebab:

• Kerja macam orang gila, tapi tak ada pengiktirafan.

• Penghargaan atau kredit? Memang tinggal impian.

• Sudah confirm jawatan pun, gaji tiada kenaikan.

Memang badan saya dah tak larat nk hadap keje macam ni. Kalau saya tidak warded, mugkin saya gagah lagi nk teruskn keje sini sementara tunggu peluang yg lain.

Doktor pun nasihatkan saya untuk cari kerja lain atau minta majikan kurangkan beban kerja.

Saya katakan pada Doktor: inilah jurusan saya, saya tak terfikir nak ke bidang lain dan mustahil pulak majikan nk kurangkan kerja saya kerana pada mereka itulah nilai bayaran gaji yang mereka bayar untuk kerja yg saya lakukan.

Maka, Doktor tulis surat untuk saya serahkn kepada majikan. Surat itu bertujuan untuk menyokong supaya majikan kurangkn kerja saya atau tidak membenarkan saya kerja di site yg terdedah pada banyak habuk.

Selepas saya discaj dari wad. Saya serahkan surat dari Doktor kepada majikan saya.

Seminggu pertama selepas saya serahkan surat tersebut, majikan saya memang ikut saranan Doktor, (mungkin jugak bukan atas saranan Doktor, tp tak nak saya sakit semula bila baru saje discaj dari hospital).

Untuk pengetahuan Tuan, sepanjang saya bekerja di Company A:

• Saya tak diberikan Offer Letter

• Saya tak diberikan payslip

• Saya tak dapat confirmation Letter

• Tiada caruman KWSP

• Tiada insuran pekerja (SOCSO)

• Tiada hitam putih mengatakan saya menjawat jawatan Engineer di Company A tersebut.

Masa tu baru saya tahu apa maksud Gaji BERSIH yang dimaksudkan semasa Interview dulu. Saya dapat RM2,000 tu tanpa sebarang caruman KWSP dan SOCSO. Sedih bukan?

Di sebabkan tak tahan sgt. Jadi saya ambil keputusan resign 24 jam. Setahu saya. Selepas saya resign, hanya “senior” 4 terawal masih setia bekerja dgn Company A, yg ‘junior’ selang minggu muka baru sahaja.

Itulah kisah yang diceritakan.

Herm..Sejujurnya, saya amat bimbang dengan perkembangan ini di negara kita.

Ingat mudah ke nak habiskan Engineering Degree?
Tapi akhirnya jadi begini.

Profession Engineer diletak setaraf dengan TAPAK KAKI.
INI ENGINEER ATAU HAMBA ABDI!?

Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
14 February 2020

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More