Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apakah itu Alahan Pemakanan Zaman 2020?

Adakah anda atau anak anda sering mengalami Alahan Pemakanan yang anda sendiri tidak dapat kenal pasti punca ia terjadi?

Berikut adalah perkongsian dari laman web MyHealth berkenaan alahan makanan.

Semoga ia boleh membantu anda atau anak anda dalam menangani masalah tersebut.

Isi Kandungan

Apakah itu alahan pemakanan?

Kesan tindak balas sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang memudaratkan dan dianggap berbahaya kepada tubuh badan.

Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?

  • Susu lembu.
  • Telur.
  • Kacang soya.
  • Gandum.
  • Kacang tanah (contoh : walnut, kacang hazel).
  • Makanan laut (contoh : udang, ketam, kepah).
  • Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.
Alahan Pemakanan
Alahan Pemakanan Alahan Pemakanan Alahan Pemakanan Alahan Pemakanan

Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat iaitu dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan.

Terdapat juga dalam kes tertentu tanda  alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.

Tanda dan gejala alahan makanan

  • Angioedema iaitu kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata.
  • Kesukaran bernafas
  • Ruam kulit yang gatal termasuk tompok-tompok merah (urticaria).
  • Loya, muntah dan cirit-birit.
  • Sakit perut dan memulas.
  • Kembung perut di kalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

NOTA : Gejala yang sama boleh berlaku dalam kes intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka untuk kepastian pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.

Apakah kesan daripada alahan ini?

  • Alahan kebiasaan mungkin berada di tahap sederhana tetapi kadang-kala sekiranya lewat atau tidak mendapatkan rawatan ia boleh menjadi serius contohnya anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi dan ia boleh membawa  maut.
  • Mengelakkan pengambilan beberapa jenis makanan yang menjadi punca alahan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.
  • Tumbesaran kanak-kanak juga boleh terbantut sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.

Bagaimana untuk mengenal pasti alahan makanan?

Cadangan terbaik adalah berjumpa doktor untuk mengenal pasti.  Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau ‘ujian suntikan kulit’ (skin prick test) akan dilakukan untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.

Adalah diingatkan, jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu mencetuskan alahan kepada anda.

Apakah rawatan untuk alahan makanan?

  • Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
  • Jika perlu, dapatkan nasihat Pegawai Dietitik untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
  • Memberi rawatan segera untuk tindak balas yang teruk iaitu:
    • Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan ATAU
    • Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
  • Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, ‘bronchodilator’ (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.

Pencegahan untuk anda yang mudah terkena alahan

  • Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
  • Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap makanan laut seperti udang, sotong dan ketam.
  • Beri khidmat nasihat dan peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan dan ubat-ubatan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

sumber : myhealth

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More