Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah

Polis Tembak Mati! Hari ini sudah masuk hari ke-19 Perintah Kawalan Pergerakan. Namun masih ada yang ingkar dengan perintah ini.  Pihak berkuasa di negara kita masih ada budi bicaranya atas arahan kerajaan. Mungkin sebab itulah masih ada individu yang anggap PKP ini bukan perkara serius. Penulis sendiri rasa geram dengan perangai sesetengah individu yang keras kepala dan masih keluar rumah tanpa tujuan penting.

Di Filipina,Presiden Rodrigo Duterte telah memerintahkan arahan ‘lockdown’ di Pulau Luzon selama sebulan bagi membendung wabak COVID-19. Dia turut mengeluarkan arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah ‘lockdown’, lapor Al Jazeera.

Amaran keras Duterte muncul selepas masyarakat di beberapa buah daerah di Kota Quezon Manila telah melakukan protes di sepanjang jalan raya. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati kerana belum menerima apa-apa bantuan makanan sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan lebih dua minggu lalu.

COVID-19: Polis Tembak Mati saja jika ingkar – Duterte

Polis Tembak Mati
Polis Tembak Mati

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.

Duterte berkata, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.

“Keadaan semakin buruk. Saya ingin menegaskan sekali lagi masalah yang dihadapi sekarang amat serius dan semua rakyat perlu mematuhi arahan.

Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah 1
Polis Tembak Mati

“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.

Al Jazeera melaporkan Duterte menyatakan sedemikian dalam mesej yang disiarkan di stesen televisyen negara berkenaan, malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.

Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.

Sebelum ini, kerajaan Filipina mengarahkan penduduknya berada di rumah dan ibu negara Manila pula dikenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa ada segelintir penduduk setinggan di ibu negara itu cuba melakukan demonstrasi kerana mendakwa kekurangan bekalan makanan.

Penduduk di Quezon City di sini, umpamanya melakukan protes di lebuh raya berhampiran kawasan setinggan mereka selepas mendakwa tidak mendapat bantuan makanan sejak perintah berkurung itu dikuatkuasakan, dua minggu lalu.

Polis mengarahkan mereka pulang ke rumah, namun mereka tidak mahu berbuat demikian.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menahan 20 orang.

Setakat semalam Filipina merekodkan 2,311 kes jangkitan Covid-19 dengan 96 kematian. – Agensi.

Kredit : BH

Beruntungnya kita selaku rakyat Malaysia kerana Perdana Menteri kita tidak beri arahan seperti itu. Tapi, kalau masih ingkar juga korang rasa perlu buat apa dengan pelaku-pelaku yang ingkar? Jadi mohonlah beri kerjasama, ikut arahan. Kita sama-sama hentikan wabak ini dari terus merebak. #StayAtHome.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More