Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BAHAYA Masak Lemang Dalam Tin Minuman

Anda suka makan lemang? Pernah ada pengalaman masak lemang dalam tin minuman? Kita masih dalam bulan syawal. Hari ini baru masuk raya keempat, walaupun suasana raya tahun ini sungguh jauh berbeza namun penulis rasa menu wajib raya tetap korang rajin masak kan. Contohnya lemang, ketupat, rendang dan banyak lagi.

Lemang antara menu kegemaran semua namun untuk memasaknya bukannya mudah. Ianya perlu penjagaan dari segi api terutamanya. Jika apinya lebih, maka hanguslah lemang atau ditengahnya tidak masak.

Disebabkan ‘kerumitan’ itu, pelbagai alternatif orang kita untuk memudahkan lemang ini disediakan. Masak menggunakan bekas tin minuman, cara yang viral baru-baru ini. Akan tetapi cara ini rupanya tidak selamat, menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Isi Kandungan

Masak Lemang dalam Tin Minuman Itu Bahaya?

Jadi, sesiapa yang berniat untuk mencuba memasak lemang cara mudah tu silalah guna cawan kertas ya.

BAHAYA Masak Lemang Dalam Tin Minuman 1
Masak Lemang
Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan KESELAMATAN MAKANAN!
KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran bahawa resepi masak lemang dalam tin minuman adalah tak selamat.

Menurut KKM, tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat.

Bagaimanapun ia tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

Ini kerana bahan makanan yang dimasak boleh bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas, sekaligus meningkatkan kebarangkalian pencemaran kimia pada makanan yang dimasak.

Pencemaran bisphenol A

Difahamkan pencemaran kimia yang dimaksudkan oleh KKM adalah pencemaran bisphenol A.

Untuk pengetahuan anda, bahagian dalaman tin minuman sebenarnya telah disembur dengan lapisan polimer epoxy yang mengandungi bisphenol A.

Lapisan epoxy ini bertujuan untuk melindungi aluminium daripada karat apabila kandungan berasid seperti minuman berkarbonat dimasukkan, sekaligus mengubah rasa dan kualiti minuman.

Pada suhu sejuk dan suhu bilik, bisphenol A tidak mendatangkan apa-apa bahaya.

Tetapi apabila didedahkan pada suhu melebihi 158 darjah Celcius, bisphenol A akan cair dan meresap dalam makanan.

Perlu diingat, apabila lemang yang anda masukkan dalam tin itu berpotensi didedahkan kepada suhu melebihi 158 darjah Celcius, terutamanya apabila dimasak dalam permukaan tertutup (tekanan meningkat, suhu pun meningkat menurut Ideal Gas Law.

Mana-mana ahli kimia boleh memberitahu anda apabila bisphenol A melepasi takat leburnya dan meresap masuk dalam makanan, ia berpotensi untuk membahayakan kesihatan.

Label bisphenol A sendiri disertakan dengan amaran bahaya iaitu GHS07 dan GHS08. Kesan-kesanya kepada manusia adalah seperti berikut:

  • Toksik akut (mulut, kulit dan hidung)
  • Radang kulit
  • Radang mata
  • Keracunan makanan
  • Kanser

Gara-gara resepi lemang tin yang viral

Sebelum ini resepi lemang tin menjadi tular di media sosial berikutan kesukaran orang ramai untuk mendapatkan lemang buluh selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekali pandang, ia nampak macam alternatif yang baik untuk lemang buluh. Rupa lemangnya pun cantik dan cukup masak seperti lemang buluh. Cuma malangnya apabila dimasak dalam tin minuman, ia berpotensi menyebabkan keracunan kimia dalam makanan.

Oleh itu pastikan anda tidak mencuba memasak lemang tin yang sedang berleluasa perkongsiannya di media sosial. Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

kredit : FB KKMrencah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More