Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN AM PERSEKUTUAN : RM 100 SEBULAN

Bantuan  Am Persekutuan diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Ekoran daripada peningkatan kos sara hidup pada masa sekarang, kerajaan memperkenalkan satu bentuk bantuan kepada penduduk wilayah persekutuan bagi meringankan beban dalam mengharungi kehidupan di bandar metropolitan.

OBJEKTIF 
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BANTUAN AM 
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

SYARAT KELAYAKAN
1.  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2.  Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin
Per Kapita Semasa;
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
bulanan JKM lain

CARA MEMBUAT PERMOHONAN Bantuan  Am Persekutuan

 

Untuk membuat permohonan, sila klik pautan dibawah

PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Diharapkan Bantuan Am ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk Wilayah Persekutuan yang betul-betul memerlukan untuk meneruskan hidup yang penuh mencabar

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More