BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM “ONE OFF” SEBANYAK RM 2,700
Bantuan Geran Pelancaran JKM adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Isi Kandungan
APAKAH BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Geran Pelancaran yang memfokuskan kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan baik. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong mereka ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
JKM yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar JKM bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2,700 sekaligus.
APAKAH TUJUAN GERAN PELANCARAN JKM?
Tujuan Geran Pelancaran oleh JKM ini diperkenalkan adalah dengan matlamat untuk:
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN GERAN PELANCARAN JKM?
Permohonan bantuan Geran Pelancaran JKM dibuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Penerima bulanan JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Geran Pelancaran JKM disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. Oleh yang demikian, untuk MELAYAKKAN anda menerima bantuan geran padanan, anda mestilah mengemukakan permohonan bantuan JKM terlebih dahulu SEKIRANYA LAYAK.
Setelah tersenarai sebagai penerima bantuan JKM, anda boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.
BERAPAKAH KADAR BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM?
Bantuan Geran Pelancaran JKM akan diberikan kepada individu yang berkelayakan sebanyak:
- Maksimum RM2,700 secara one-off
APAKAH SENARAI BANTUAN JKM?
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bantuan RM200 sebulan setiap anak (Maksimum RM1,000)
- Bantuan Am Persekutuan – RM100 sebulan
- Bantuan Orang Tua (BOT) – RM500 sebulan
- Elaun Pekerja Cacat – RM400 sebulan
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja – RM250 sebulan
- Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar – RM350 sebulan
- Bantuan Anak Pelihara – RM250 sebulan
BAGAIMAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN GERAN PELANCARAN JKM?
Sekiranya anda merupakan penerima bantuan JKM dan berkelayakan untuk mohon Geran Pelancaran, anda boleh membuat permohonan melalui dua kaedah yang berikut:
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran; atau
- Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM)
Anda dinasihatkan untuk hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat untuk maklumat lebih terperinci. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.
Peringatan : Pemohon WAJIB hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan menghadirkan diri ke pejabat akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Antara dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah :
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Sila bawa dokumen ini ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03-8000 8000.
Semoga dengan adanya bantuan ini dapat membantu mereka yang memerlukan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan. Bantuan tunai sehingga RM2,700 ini dapat digunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan samada perniagaan kecil-kecilan, penjaja kecil, perniagaan dari rumah dan sebagainya.
Anda juga boleh memohon skim pembiayaan informal dan mikro (SPIM TEKUN 2022) sekiranya anda mempunyai perniagaan sendiri.