Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL DAN MIKRO (SPIM TEKUN 2022)

Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022) kini dibuka! Pastinya akan menjadi satu berita baik untuk peniaga / PKS mikro.

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022) kini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan. Keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Selain daripada pembiayaan TEKUN, anda juga boleh membuat permohonan pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir yang juga merupakan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM10,000.

Isi Kandungan

APAKAH SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL & MIKRO (SPIM TEKUN 2022)?

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga rm10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) serta moratorium selama 12 bulan. Keutamaan akan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

APAKAH OBJEKTIF SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL & MIKRO (SPIM TEKUN 2022)?

Objektif pembiayaan adalah :

  • Sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL

APAKAH SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL & MIKRO (SPIM TEKUN 2022)?

Antara syarat-syarat permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022) adalah :

  1. Bumiputera / India dan Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah

BERAPAKAH NILAI PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL & MIKRO (SPIM TEKUN 2022)?

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

APAKAH JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMOHON?

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara :

  • Kecil-kecilan atau penjaja kecil
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business)
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business)
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business )
  • Perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL & MIKRO (SPIM TEKUN 2022)?

Calon yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  1. Permohonan secara manual dengan mengunjungi pejabat cawangan TEKUN terdekat.
  2. Permohonan secara atas talian di laman web TEKUN/Sistem TEKUN Online.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH KELULUSAN?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat).

skim pembiayaan informal

MAKLUMAT LANJUT :

Untuk sebarang pertanyaan/masalah, sila hubungi :

Semoga perkongsian berkenaan skim pembiayaan ini dapat membantu serta menggalakkan usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau yang berniaga dari rumah secara online untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More