Sumber Rujukan Globalisasi Anda

[TERKINI] BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BMT 2023

Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 telah diwujudkan kepada golongan yang telah terjejas pendapatan akibat tidak dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa pada setiap kali tibanya musim tengkujuh.  Bantuan ini sedikit sebanyak adalah untuk meringankan beban mereka untuk menyara kehidupan harian seperti sediakala.

  • BMT ini adalah sejenis bantuan kewangan yang diberikan oleh pemerintah Malaysia sebagai satu bahagian daripada program sosial.
  • BMT ini kebiasaanya diagihkan pada musim tengkujuh iaitu sekitar bulan Desember sehingga Mac.
  • BMT ini berfokuskan kepada masyarakat yang memerlukan seperti golongan miskin yang terpinggir dan juga masyarakat luar bandar yang terjejas pendapatan harian mereka.

Isi Kandungan

Siapakah yang Layak Menerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023?

Penerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 khususnya adalah kepada pekebun kecil dan penoreh getah. BMT ini telah wujud sejak tahun 2022 lagi. Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 adalah seperti yang berikut:

Pekebun Kecil RISDA
(Pemilik Pengusaha)

Penoreh Bukan Pemilik

1. Warganegara Malaysia

2. Pekebun kecil
yang berdaftar dengan
RISDA

3. Mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
yang masih sah

4. Mempunyai tanah
keluasan 0.1 sehingga 2.5
hektar secara agregat

5. Merupakan pemilik
tanah yang sah

6. 1 lot hanya untuk
satu penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun
kecil atau penoreh)

1. Warganegara Malaysia

2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA

3. Mempunyai Kad Permit
Autoriti Getah (PAT-G)
yang masih sah

4. Mempunyai tanah
keluasan 0.1 sehingga 2.5
hektar secara agregat

5. Mendapat pengesahan
pemilik tanah yang sah

6. 1 lot hanya untuk
satu penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun
kecil atau penoreh)

Syarat Terperinci

Berdaftar Dengan RISDA

Pemilik Tanah yang Sah

1. Pekebun kecil
yang tersenarai di dalam sistem e-SPEK

2. Bagi pekebun kecil atau penoreh
bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang BMT 2022 dan secara tidak langsung telah berdaftar dengan RISDA

3. Peserta yang menyertai
program yang dilaksanakan secara
bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan
ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA

1. Pemilik tanah
yang sah bermaksud tuan punya atau
pemegang Amanah seperti yang dinyatakan di dalam geran tanah
atau pentadbir seperti yang dinamakan di dalam Surat Kuasa
Mentadbir yang dikeluarkan
oleh pejabat tanah atau mahkamah
yang berkenaan

2. Bagi negeri
Sarawak, pemilik tanah
yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hak
milik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak

3. Bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang
amanah seperti yang dinyatakan di dalam geran tanah atau
pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir
yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa
(Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya (TS20A(Pin. 1/96)) dan
Surat Sumpah oleh Pihak yang berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah
(TS20B(Pin.1/09))

4. Peserta yang menyertai
program yang dilaksanakan secara
bersepadu oleh KPLB serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA dan Kerajaan Negeri

Justeru, untuk mengetahui  info lain tentang BMT, anda boleh juga membaca tentang info BMT 2023

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Kadar Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

  • BMT 2023 akan diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan
  • BMT 2023 ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

  • Tarikh bayaran BMT 2023 ini akan dikemaskini
  • Kaedah bayaran BMT adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak

 

SUMBER Buletin TV3

Apa pandangan anda tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini? Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan info terkini tentang bantuan tersebut. Di samping itu, anda juga boleh rujuk 5 Langkah Mudah Tuntut Insurans Kereta Tenggelam Banjir sebagai panduan jika kereta anda terlibat di musim banjir.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More