Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kereta Tenggelam Banjir: 5 Langkah Mudah Tuntut Insurans

Kereta tenggelam banjir tentunya mendatangkan kegusaran pada hati mangsa banjir. Sudah la rumah tenggelam banjir, habis pula harta benda lain tenggelam termasuk kereta. Termenung panjang mangsa banjir memikirkan macam mana nak baiki kereta untuk bawa ulang alik pergi kerja.

Kos? Tentu mahal. Makan beribu juga kalau satu badan kereta tenggelam banjir. Jadi, tentunya kalau kereta yang ada insurans untuk bencana seperti banjir ia sedikit sebanyak memudahkan serta meringankan mangsa banjir.

kereta tenggelam banjir

Isi Kandungan

Cara Buat Tuntutan Kereta Tenggelam Banjir

Hubungi pihak insurans:

  • Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
  • Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.

Kumpulkan bukti:

  •  Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans
  • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
  • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
  • Salinan lesen memandu pemilik kereta
  • Salinan kad pengenalan pemilik kereta
  • Salinan geran kereta
  • Salinan polisi insuran
  • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)

Buat laporan polis:

  •  Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam.
  • Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
  • Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.

Serahkan borang tuntutan dan dokumen sokongan kepada syarikat insurans;

  • Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
  • Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.

Hantar kereta anda ke bengkel panel:

  • Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

Macam mana? Mudah atau susah nak buat tuntutan kereta tenggelam banjir? Pastikan buat semua langkah di atas jika tidak ingin sebarang kesukaran berlaku.

kereta tenggelam banjir

Ada Peril Khas Baru Boleh Tuntut

Namun, tahukah kita bahawa perlu ada PERIL KHAS untuk membuat tuntutan? Maksudnya tuntutan insurans untuk bencana seperti banjir hanya boleh dituntut jika pemilik kenderaan menambah peril khas untuk insurans keretanya.

Peril Khas ialah jenis perlindungan yang melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam semula jadi seperti banjir, taufan, taufan, letusan gunung berapi, tanah runtuh atau mendapan, atau erti kata lain, bencana alam yang anda tidak boleh dikawal.

Jumlah yang perlu ditambah untuk peril khas

Secara umumnya, tambahan sebanyak 0.5 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan untuk kenderaan. Tapi, di sini pemilik kenderaan perlu berhati-hati kerana caj setiap syarikat insurans adalah berbeza-beza. Jadi perlu faham dan jelas betul-betul dengan jurujual sebelum mencarum.

Sebagai contoh, jika jumlah diinsuranskan kereta ialah RM60,000 melalui syarikat insurans Allianz, jumlah peril khas adalah 0.25%, menjadikan jumlah kos perlindungan setahun kepada RM150.

Perkara Yang Perlu Tahu Sekiranya Kereta Tenggelam Banjir

Sekiranya kenderaan tenggelam banjir, antara perkara yang perlu tahu ialah:

  • Jangan start enjin kenderaan.
  • Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
  • Sekiranya bila banjir dah surut, terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
  • Selepas report polis dibuat, hantar ke mana-mana bengkel panel insurans (dapatkan maklumat dari pihak insurans dan bengkel) untuk membuat tuntutan.

Hubungi Talian Hotline

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kereta tenggelam banjir atau apa jua persoalan, boleh hubungi talian di bawah mengikut syarikat yang dipilih:

  • Allianz Malaysia Berhad (1-800-22-5542)
  • Zurich Takaful (1-300-88-6222)
  • RHB Insurance Berhad (1-300-220-007)
  • Etiqa Takaful (1-300-13-8888)
  • AXA Affin (03-2170-82827)
  • Berjaya Sompo (1-800-889-933 / 1 800-18-80337)
  • Pacific & Orient Insurance (1-800-88-2121)
  • Tune Protect (1 800-22-8863)
  • Liberty Insurance (1-800-88-5005 / 1-300-888-990 / 03-2619-9000)

Namun, pemilik kenderaan yang merupakan mangsa banjir (kereta tenggelam banjir) juga perlu alert dengan berita semasa kerana sebelum ini Honda pernah memberi elaun sebanyak RM1500 kepada semula pemilik kenderaan Honda. Baca di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More