Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Tanam Semula Getah Dinaikkan

Isi Kandungan

Kadar Bantuan Tanam Semula Getah Dinaikkan

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mengumumkan Kadar bantuan untuk program tanam semula getah bagi tahun 2021 dinaikkan kepada RM13,710 sehektar bagi Semenanjung dan masing-masing RM14,955 dan RM14,805 bagi Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak RM15.7 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk mengawal penyakit Pestalotiopsis tanaman getah. Kadar baharu bantuan itu adalah selaras dengan pengenalan Model Perancangan Strategik Risda (MPSR) 2021-2025 yang dilancarkan pada Khamis yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil tanaman getah dan kemapanan industri getah.

bantuan

Dibawah ini adalah Garis Panduan daripada Jabatan Perikanan Malaysia pada 1 Jun 2001. 

KELAYAKAN PESERTA.

Peserta yang layak terdiri dari pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang mempunyai keluasan kebun 4 hektar atau kurang, termasuk peneroka skim pembangunan tanah agensi Kerajaan iaitu :-

  1. Pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang tidak layak menyertai skim tanaman semula yang sedia ada oleh kerana pokok yang belum cukup umur untuk ditanam semula.
  2. Pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang mempunyai kurang dari 4 hektar dan mempunyai pokok yang sesuai untuk ditanam semula tetapi tidak bersetuju menyerahkan tanah mereka bagi program tanam semula secara berkelompok yang dijalankan oleh agensi pembangunan pekebun kecil seperti FELDA, FELCRA atau RISDA.
  3. Pekebun kelapa sawit atau getah yang mempunyai pokok yang sesuai untuk ditanam semula dan bersetuju menyerahkan tanah mereka bagi program tanam semula secara kelompok yang dijalankan oleh agensi-agensi pembangunan pekebun kecil FELCRA, RISDA, FELDA, LGM, LIGS dan SLDB.

SKOP BANTUAN

Ini bertujuan untuk menggalakkan peserta menjalankan kegiatan-kegiatan menambah pendapatan dengan melaksanakan kegiatan-kegiatan pengeluaran bahan makanan seperti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, ternakan dan akuakultur. Peserta juga boleh menjalankan kegiatan pertanian lain seperti penanaman bunga-bungaan dan tapak semaian.

Di samping itu, skim ini juga merangkumi industri hiliran seperti memproses bahan makanan, pembungkusan, pemasaran hasil pertanian, pengeluaran kraftangan dan pelancongan asas tani. Bantuan akan diberi dalam bentuk pemberian input, peralatan dan/atau perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan projek menambah pendapatan yang dicadangkan.

Justeru itu, bantuan adalah untuk pembelian bahan tanaman, baka ternakan, input pertanian, makanan haiwan serta kerja-kerja penyediaan kawasan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Had bantuan bergantung kepada keperluan projek yang dicadangkan dan tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap peserta yang layak.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bantuan dalam bentuk wang tunai boleh dipertimbangkan. Tuntutan hendaklah dibuat dengan resit dan disahkan oleh Pengarah Pertanian Sabah dan Pengarah Pertanian Sarawak.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Bantuan Geran Prihatin Khas 3.0 ini memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More