Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 RM1000

Permohonan Bantuan RM1,000 Secara One Off

Kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan.
Inisiatif ini akan memanfaatkan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. Bantuan secara one-off ini akan dibuka kepada mana – mana PKS yang layak dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

Tarikh Geran Khas Prihatin 3.0

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021. Jumlah bantuan ialah RM1,000 secara one-off kepada PKS yang layak.

GKP 3.0 tidak diberikan maklumat lebih lanjut tentang kelayakan untuk memohon.

permohonan

Syarat Kelayakan

GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang terkini akan diperincikan dan diumumkan melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ dalam masa terdekat ini.

Jadi, buat PKS yang belum berdaftar, anda bolehlah mendaftar dengan SSM terlebih dahulu jika anda ingin membuat permohonan GKP yang akan datang ini.

Artikel lain: PEMERKASA, Dermasiswa Zakat Kedah

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More