Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Batuk: 5 Petua Semulajadi Untuk Legakan Batuk

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Isi Kandungan

Sebab Batuk

Sepertimana yang dikongsi laman rasmi MyHealth.gov.my, antara sebab terjadinya b@tuk adalah kerana:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan / stres
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
BATUK
Batuk: 5 Petua Semulajadi Untuk Legakan Batuk 5

Rawatan

Jika anda mengalami b@tuk, ini antara rawatan yang perlu dilakukan:

  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat b@tuk boleh membantu menghilangkan b@tuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan b@tuk dan ia sesuai untuk b@tuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • B@tuk yang mengeluarkan darah (batuk berdarah)
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • B@tuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
BATUK
Batuk: 5 Petua Semulajadi Untuk Legakan Batuk 6

Petua rawat batuk

Di sini kami kongsikan petua rawat baatuk secara semulajadi.

  1. Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  2. Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  3. Berhenti merokok
  4. Campurkan cengkih dan madu ke dalam air suam, kacau-kacau atau rendam sekejap dan minum.
  5. Sup ayam: Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat b@tuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.
BATUK
Batuk: 5 Petua Semulajadi Untuk Legakan Batuk 7

Pencegahan Batuk

Antara pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda mengalami b@tuk adalah seperti berikut:

  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani stres dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena b@tuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru

Penutup

Justeru, di bulan puasa dengan keadaan cuaca panas sekarang ini, pastikan kita masing-masing dapat menjaga kesihatan dengan sebaiknya. Kunci utama pencegahan bagi kebanyakan sakit adalah minum air masak dengan banyak. Pastikan badan sentiasa cukup air dan tidak kering agar dapat pastikan kita sentiasa sihat. Jika mengalami sebarang sakit, pastikan berjumpa doktor dengan kadar segera.

BATUK
Batuk: 5 Petua Semulajadi Untuk Legakan Batuk 8

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More