Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG

Berbengkung, amalan penting semasa berpantang. Dengan berbengkung, dapat mengempiskan perut, mengembalikan bentuk tubuh yang asal dan juga elak perut menggeleber.

Bagi ibu yang bersalin normal, boleh mula berbengkung dalam minggu pertama pantang, namun bagi ibu yang bersalin pembedahan, perlu tangguhkan seketika pemakaian bengkung supaya luka sembuh sepenuhnya atau boleh pilih bengkung yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan.

Amatlah penting bagi anda untuk mencari jenis kain yang sesuai dengan kulit dan tubuh anda. Hal ini kerana, jika anda tidak mengambil serius akan cara ini, ia akan memudaratkan si pemakai. Pastikan anda memilih material atau jenis kain yang mempunyai daya serap peluh yang baik serta tidak membuatkan kulit anda alahan atau melecet apabila memakai selama beberapa jam. Antara jenis kain yang sesuai untuk bengkung adalah:

  1. Kain cotton
  2. Kain viscose
  3. Kain velcro
  4. Kain yang tidak mudah berbulu

Terdapat beberapa jenis pemakaian bengkung.

1. Bengkung Bertali / Bengkung Tradisional

Bengkung jenis ni memang mudah nak pakai. Boleh pakai sambil berdiri atau berbaring.

Sebaiknya dililit dan dipakaikan oleh orang lain yang pandai. Nak melilit dan mengikat bengkung jenis ini perlukan kemahiran dan kekuatan tangan.

Agak sukar pakai bengkung begini sebab tak boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain dan mengambil masa yang lama untuk dipakai

2. Bengkung Lilitan Jawa

Bengkung jenis ni banyak jenis material yang orang pakai. Jenis kain biasanya jenis cotton belacu. Bengkung ni panjangnya ada yang 7 meter, 12 meter dan bermeter-meter.

3. Bengkung Tali Zig Zag

Bengkung ini seperti bengkung tradisional tapi dari segi bentuknya seakan sama cuma telah dimudahkan fungsinya.

Bengkung zig zag ini size nye tak boleh di ubah. kena pastikan beli size yang betul.

4. Bengkung Bertali / Barut

 

Boleh dipakai sambil berdiri atau berbaring. Kejap, sangat mudah dipakai dan mudah di buka cuma kena longgarkan bahagian bawah sekiranya ingin ke toilet.

5. Bengkung Moden Sarung (Tube)

Fleksible dan paling sesuai untuk ibu baru bersalin, Sangat mudah dipakai, hanya sarungkan sahaja. Boleh dipakai mengikut kesesuaian tubuh.

6. Bengkung 3 dalam 1

Bengkung Moden yang cepat, selesa diguna ke mana sahaja. Bengkung ini free size dan boleh disesuaikan dengan saiz badan. Adjustable dan elastic. Terdapat 3 helai dan di pakai berasingan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More