Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Berita Palsu tentang Varian terbaru Covid-19 Singapura

SINGAPURA – Singapura menggunakan undang-undang maklumat palsu hari ini untuk mengarahkan Facebook dan Twitter memberi amaran kepada pengguna berhubung apa yang dikatakan  pemerintah sebagai dakwaan palsu kemunculan varian baharu Covid-19 yang berbahaya di pulau itu.

Ketua Menteri Delhi,  Arvind Kejriwal mendakwa di media sosial minggu ini bahawa variasi baharu Covid-19 muncul di Singapura dan berisiko mencetuskan gelombang jangkitan baharu di India sekali gus menggesa larangan penerbangan dilaksanakan.

Bagaimanapun, Singapura menafikan dakwaan tersebut yang dianggap  tidak berasas.

Pemerintah Singapura menyatakan bahawa ia yang dikesan dan bertanggungjawab menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di pulau itu sebenarnya berasal dari India.

“Tiada varian Singapura berhubung wabak Covid-19.

“Ia yang makin merebak yang dikesan di Singapura ini berasal dari India,” kata pemerintah dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung varian Singapura itu mula tersebar di internet dan mendorong pemimpin Singapura mengarahkan Facebook dan Twitter menyiarkan amaran mengenainya.

Pengguna Facebook di Singapura menerima notis amaran tersebut.

Sumber AFP

Artike lain: Penafian Berita Palsu Tular Di Sosial Media

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More