Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bersihkan papan pemotong 2 muka

Sebelum menyediakan makanan perlu dipastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Statistik kes keracunan makanan di negara ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa berikutan beberapa faktor.

Keracunan makanan berlaku apabila seseorang individu terambil makanan tercemar dan mengandungi bahan kontaminan sama ada dalam bentuk fizikal, kimia atau biologi.

Antara kuman menyebabkan keracunan makanan adalah salmonella, staphylococcus aureus dan vibrio parahaemolyticus yang disebar melalui bahan pencemar, vektor atau pembawa kuman.

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi mereka yang mengalami masalah ini termasuk sakit perut, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan demam.

papan pemotong
Bersihkan papan pemotong 2 muka 4

Selain itu, terdapat perubahan pada najis termasuk berdarah, berlendir ataupun tersangat cair.

Antara peralatan yang sering kita terlepas pandang adalah kebersihan papan pemotong.

Malah, kebanyakan menggunakan papan pemotong yang sama untuk memotong pelbagai bahan mentah sama ada daging, ikan dan sayur, sekali gus boleh menyumbang kepada risiko pencemaran silang.

Kajian yang dijalankan mendedahkan satu sentimeter (sm) persegi papan pemotong mengandungi 24,000 bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Bersihkan papan pemotong 2 muka 1

Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan untuk elakkan papan pemotong menjadi punca terhadap keracunan makanan:

1. Sentiasa menggunakan papan pemotong bersih dalam menyediakan makanan.

2. Selepas menggunakan papan pemotong bersihkan dalam air sabun yang panas, kemudian bilas dengan air dan keringkan.

3. Gantikan Cutting Board yang sudah merekah dan calar kerana ia menjadi ‘lubuk’ bagi pelbagai jenis bakteria.

4. Gunakan Cutting Board berbeza untuk memotong bahan mentah. Contohnya boleh gunakan warna berbeza.

5. Pilih permukaan Cutting Board yang mudah dibersihkan seperti plastik dan kayu.

Papan pemotong boleh dibersihkan. Bahan asas utama yang diperlukan untuk membersihkan Cutting Board tersebut adalah cecair peluntur Clorox.

Cara-cara Bersihkan papan pemotong

Bersihkan papan pemotong 2 muka 2

• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.

• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian Cutting Board yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.

• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindak balas yang optimum. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.

• Cuci dan rendam papan seketika sehingga bau cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong. Gunakan seperti biasa.

*Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat.

*Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More