BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM10,000

BSN MyRinggit-i Banjir atau Pembiayaan Peribadi MyRinggit-i Banjir BSN ialah pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.
Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.
Selain itu, terdapat juga Bantuan Banjir Untuk Mangsa Yang Terlibat Sehingga RM 61,000 Sebulan.
APAKAH BSN MyRinggit-i Banjir?
Kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir ini meupakan pembiayaan peribadi yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.
BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BSN MyRinggit-i Banjir?
- Warganegara Malaysia;
- Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis);
- Bukan seorang yang muflis;
- Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah;

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN BSN MyRinggit-i Banjir DIBUKA?
Permohonan akan dibuka mulai 27 Disember 2021.
Mangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.
BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?
- Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi BSN atau terus ke laman web bsn-myringgit-i-banjir.
- Borang permohonan secara atas talian boleh didapati disini : Borang Permohonan BSN-MyRinggit-i Banjir
- Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan secara manual.
APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan/IC;
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas;
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas;


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN :
Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
permohonan dilakukan.
Pemohon juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan BSN.
MAKLUMAT LANJUT:
Untuk maklumat lanjut sila layari:
- Laman sesawang Bank Simpanan Nasional (BSN);
- Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Akhir kata, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang terjejas disebabkan banjir. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.



