Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Bantuan Banjir Sehingga RM61000 Sekeluarga Secara Keseluruhan

Senarai Bantuan Banjir mulai dihebahkan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan dan mana-mana agensi. Dapatkan senarai bantuan bencana banjir yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Senarai Bantuan Banjir

Isi Kandungan

Senarai Bantuan Banjir

Susulan daripada tragedi yang menimpa beberapa buah negeri dan kawasan yang sewaktu dengannya, maka banyak kerosakan, kerugian dan kemusnahan yang berlaku.

Ini adalah termasuk dalam segi emosi dan mental mangsa banjir. Disebabkan hal ini, maka banyak agensi kerajaan perseketuan, negeri dan bahkan yang lain-lain mulai menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Menurut sidang YAB Perdana Menteri, DS Ismail Sabri menyatakan bahawa banyak inisiatif yang dikeluarkan bagi meringankan bebenan mereka yang terlibat.

Oleh itu, Kementerian Kewangan Malaysia(KKM) telah mengeluarkan senarai bantuan banjir yang boleh dimohon oleh mangsa banjir.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui petugas Pusat Pemindahan Sementara(PPS) memandangkan ada segelintir yang tidak dapat menyelamatkan dokumen penting mereka.

Jumlah Bantuan Bagi Satu Keluarga

Berapakah jumlah bantuan yang akan diperoleh sesebuah keluarga yang terlibat dalam bencana banjir ni?

Melihatkan kepada senarai bantuan banjir yang dikeluarkan, banyak permohonan yang boleh dibuat. Dan jumlah per bantuan yang akan diberi merangkumi antara RM500 hingga RM10 000. Banyak bukan?

Dan sekiranya mereka yang terlibat dalam bencana ini, membuat permohonan bagi semua bantuan yang ada, mereka boleh mendapatkan bantuan sehingga RM61 000.

Banyak ke sedikit tu? Sangatlah banyak kerana mampu menampung segala kerugian dan kerosakan yang dialami.

Lagi-lagi kenderaan anda yang sangat diperlukan untuk menyelesaikan urusan seharian.

Senarai Bantuan Banjir

Di bawah ini saya sertakan senarai bantuan banjir yang boleh anda pohon.

Ada sesetengah bantuan yang boleh dibuat secara manual.

Dan ada juga bantuan yang perlu dibuat secara atas talian.

Senarai Bantuan Banjir

Bantuan Wang Ihsan RM1000

Bantuan Wang Ihsan ini merupakan salah satu bantuan yang sangatlah relevan dan sesuai untuk dipohon. Hal ini adalah kerana syarat kelayakan yang perlu dipenuhi amatlah mudah sahaja.

Yang penting, bantuan ini cukup sekadar sekiranya anda menjadi mangsa banjir semasa kejadian berlaku. Makanya, hampir kesemua banjir boleh membuat permohonan ini.

Bantuan BWI ini memanfaatkan hampir 45 000 Ketua Isi Rumah(KIR) di Malaysia.

Pemberian bantuan ini sudahpun dibuat mulai 27 Disember yang lalu.

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 boleh disemak melalui link pautan ini.

Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan

Senarai Bantuan Banjir

Bantuan ini sebenarnya mulai diagihkan oleh pihak NGO yang bertugas. Mereka akan memberikan barangan keperluan kepada mangsa banjir yang terjejas sama ada di PPS atau di rumah mangsa itu sendiri.

Akan tetapi, bagi mengelakkan pertindihan, maka kerajaan akan memberikan bantuan ini secara tunai sebanyak RM2 500 bagi satu isi keluarga.

Melalui cara ini, diharapkan agar mangsa mampu membeli barangan asas yang baharu. Barangan lama yang sudah terjejas dan rosak ditenggelami banjir boleh digantikan dengan yang baharu.

Buatlah perancangan dengan bijak.

Untuk membuat permohonan ini, anda boleh merujuk petugas di PPS yang anda berada.

Bantuan Baik Pulih Rumah

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang mana rumahnya terjejas yeruk kerana arus air banjir yang terllau kuat sehingga merosakkan beberapa bahagian rumah.

Maka dengan itu, bantuan ini dipecahkan kepada tiga kategori sahaja, iaitu:

  1. Kerosakan Tidak Serius.
  2. Kerosakan Serius.
  3. Kerosakan Total.

Jumlah wang yang akan disumbangkan adalah berdasarkan keadaan rumah anda selepas kejadian banjir. Jumlah sumbangan adalah seperti berikut:

KATEGORI

JUMLAH BANTUAN YANG
AKAN DITERIMA

Kerosakan Tidak Serius

Bantuan tunai sehingga RM500 untuk kerja-kerja pembaikan

Kerosakan Serius

Bantuan tunai sehingga RM15 000 untuk tujuan baik pulih dan
pembaikan.

Kerosakan Total

Bantuan
sehingga kos RM56 000 untuk pembinaan unit rumah yang baharu bagi satu keluarga.

Rebat Pembelian Barangan Elektrik

Senarai Bantuan Banjir

Rebat pembelian barangan elektrik akan diberikan dalam bentuk voucher.

Jumlah voucher adalah bernilai RM500 untuk mangsa banjir bagi satu keluarga. Maka anda boleh pergi ke mana-mana kedai elektrik untuk mempperbaharui barangan elektrik yang rosak akibat banjir.

Utamakan barangan elektrik yang menjadi keperluan seperti:

  • Kipas angin.
  • Lampu.
  • Peti sejuk.
  • Periuk elektrik.
  • Seterika.
  • Pemanas air.

Rebat Bil Elektrik

Rebat bil elektrik untuk mangsa banjir adalah sehingga 100%.

Anda boleh pergi ke pejabat TNB berdekatan untuk pengurusan ini.

Pastikan anda membawa dokumen yang berkaitan sebagai bukti anda adalah mangsa banjir yang terjejas.

Diskaun Baik Pulih Kenderaan

Senarai Bantuan Banjir

Terdapat 3 kategori yang dipecahkan bagi bantuan ini. Bagi kereta jenama Proton dan Perodua, anda bakal memanfaatkan:

  • PROTON
    1. Dikecualikan bagi pembayaran servis tunda kereta anda ke bengkel kereta dan upah untuk baik pulih kerosakan pada kenderaan.
    2. Diberikan sehingga 50% diskaun untuk pembelian alat ganti kereta anda.
  • PERODUA
    1. Dikecualikan bagi pembayaran servis tunda kereta anda ke bengkel kereta dan 25% upah untuk baik pulih kerosakan pada kenderaan.
    2. Juga diberikan sehingga 50% diskaun untuk pembelian alat ganti kereta anda.
  • SYARIKAT KERETA LAIN
    1. Mereka juga menerima servis tunda kereta secara percuma sahaja.
    2. Pemberian diskaun sebanyak 25% untuk upah baiki dan alat ganti kenderaan.

Rebat Baik Pulih/Penggantian Baharu Kenderaan

Senarai bantuan banjir yang terkahir yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir adalah rebat baik pulih atau penggantian baharu kenderaan.

Kerajaan akan memberikan sejumlah wang tunai sehingga RM1000 untuk pembelian alat ganti kereta yang baharu.

Mereka juga boleh menggunakan wang ini untuk membayar upah pembaikan kenderaan mereka.

Gunakan duit ini dengan sebaik mungkin untuk membaiki kenderaan anda. Utamakan perkara yang penting terlebih dahulu.

Berguna atau Tidak Senarai Bantuan Banjir ini?

Senarai Bantuan Banjir ini amatlah berguna kepada mereka yang terjejas teruk dalam bencana banjir baru-baru. Tujuannya adalah supaya mereka mampu membuat permohonan bantuan yang ditawarkan.

Ini kerana ada segelintir daripada mereka yang tidak tahu bantuan banjir yang lainnya.

Maka, marilah kita sama-sama sebarkan senarai bantuan yang ada untuk mereka.

Sekiranya dalam kalangan kita yang mepunyai kelebihan dalam rezeki, jangalah segan silu untuk menyumbangkan beberapa bahagian kita kepada mereka.

Jikalau tidak mampu, maka gunakan tenaga anda bagi membantu mereka membuat kerja-kerja pembersihan.

PDF Ucapan Rasmi Perdana Menteri

Ucapan Rasmi Perdana Menteri l : Senarai Bantuan Banjir

Video Senarai Bantuan Banjir

Di bawah ini saya sertakan klip video yang ringkas berkaitan pengunguman media berita berkaitan senarai bantuan yang boleh dimohon oleh mereka yang terlibat dalam banjir ini.

Buat Permohonan Setiap Bantuan Yang Ada

Senarai Bantuan Banjir

Diharapkan agar perkongsian artikel berkaitan senarai bantuan ini mampu meringankan bebanan mana-mana keluarga yang terjejas teruk dalam situasi bencana banjir ini. Ini adalah suatu bencana alam yang tidak dapat dielakkan.

Moga-moga anda semua diberikan kemudahan dan kelancaran dalam menghadapi situasi ini.

Gunakan bantuan-bantuan yang anda perolehi untuk membaiki kehidupan dan kerosakan yang anda alami. Sesungguhnya, kami rakyat Malaysia sedia membantu anda secara fizikal mahupun mental.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More