Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kegagalan Buah Pinggang- Punca,Tanda Dan Cara Mencegah

End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri.

Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup,kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal.

Buah Pinggang

Isi Kandungan

Punca-Punca

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira umur. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain bergantung sekiranya mempunyai faktor-faktor yang berikut :

  • Penyakit kencing manis
  • Penyakit tekanan darah tinggi
  • Mempunyai sejarah keluarga penghidap masalah buah pinggang
  • Are Older (tua sebelum usia) / menampakkan seseorang sebelum usia sebenar

Tanda-Tanda Awal

Buah Pinggang

Kebanyakkan orang tidak mengalami simptom yang teruk sehingga mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk. Walau bagaimanapun, tanda-tanda awal tersebut dapat diperhatikan sekiranya mengalami situasi berikut:

  • Merasa keletihan dan tidak bertenaga.
  • Mudah hilang fokus.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami masalah tidur.
  • Mengalami kekejangan otot pada waktu malam.
  • Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
  • Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
  • Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
  • Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.

Cara Mencegah

  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Kegagalan Buah Pinggang-Punca, Tanda & Cara Mencegah akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout,Penyakit batu Karang Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More