Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Buku Pengurusan PPKI 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021 atau Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 2021 ini adalah untuk kegunaan pentadbiran sekolah yang mempunyai kelas PPKI.

Semoga buku pengurusan ini dapat digunakan sebaiknya oleh guru pendidikan khas dan diharapkan guru-guru semua memberi keprihatinan yang lebih terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini kerana mereka juga berhak mendapatkan keperluan pendidikan yang terbaik.

Antara kandungan dalam buku pengurusan PPKI 2021 ini adalah berkenaan bidang tugas jawatan dalam PPKI ini seperti GPK PPKI.

Dapatkan “Buku Pengurusan PPKI 2021” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA:

Semoga memberi manfaat.

 

Info Pendidikan Khas

Merujuk kepada Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) yang telah digubal pada tahun 2013, Pendidikan Khas membawa maksud pendidikan untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas pada semua peringkat sekolah termasuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan Khas ini hanyalah tertumpu kepada sesetengah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Tidak semua sekolah melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini.

Kita tidak boleh sewenang-wenang menentukan seorang murid itu kategori berkeperluan khas atau tidak. Untuk memastikan seorang murid tergolong dalam kategori murid berkeperluan khas, mereka haruslah diperakui oleh pegawai perubatan, ahli psikologi atau audiologi serta ahli optik atau mana-mana berkenaan tidak kira dari hospital kerajaan mahupun swasta.

Antara ciri murid berkeperluan khas ialah:-

  • Kurang upaya dari segi penglihatan
  • Ketidakupayaan mendengar
  • Tidak boleh bertutur
  • Kurang upaya fizikal
  • Masalah pembelajaran seperti lembam

Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Lazimnya, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru pendidikan khas perlu memastikan semua murid tergolong dalam kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK). Guru boleh merujuk Buku Garis Panduan Pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2014.

Antara kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) :

  • Mengalami masalah penglihatan atau buta
  • Ketidakupayaan pendengaran atau pekak atau mempunyai masalah pendengaran
    • Terdapat empat peringkat untuk kategori ini (Ringan, Sederhana, Teruk dan Sangat Teruk)
  • Tidak boleh bertutur
    • Terdapat empat masalah tertutur iaitu mengalami masalah sebutan, gagap, masalah suara dan masalah bahasa)
  • Kurang upaya dari segi fizikal
    • Tiada anggota badan atau kehilangan anggota badan
    • Contoh : Limb defects, Stroke, Kerdil dan sebagainya
  • Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan neurologi
    • Contoh :Disleksia, Slow Learner, Autisme, Sindrom Down

Prosedur Membuka Program Pendidikan Khas Integrasi

Sebelum melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah, pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran perlu mengambil kira pelbagai aspek secara menyeluruh dan bersedia melaksanakan program ini.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira seperti disenaraikan di bawah adalah untuk memastikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dapat dilaksanakan dengan baik dan terurus.

  • Permohonan ibubapa/penjaga
  • Jangkaan murid
  • Keperluan guru pendidikan khas
  • Infrastruktur sekolah/ kelas
  • Alat mengajar dan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Penutup

Akhir kata, teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Buku Pengurusan PPKI 2021 ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan 2021

Divider Rancangan Pengajaran Harian Hari Kelepasan Am Persekutuan 2021

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More