Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bunga Cengkih : 5 Manfaatnya Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Bunga Cengkih ini kebiasaanya orang akan menggunakannya ke dalam suatu masakan sebagai penyedap rasa hidangan masakan, akan tetapi tahukah anda bahawa bunga cengkih ini juga sebenarnya sering digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit yang tertentu.

Isi Kandungan

Mengenai Bunga Cengkih

bunga cengkih

Bunga Cengkih atau asalnya adalah Cengkih, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya yang disebut  Syzygium aromaticum merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Tumbuhan ini banyak terdapat di sekitar ZanzibarMadagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagaskar, Zanzibar, India dan Sri Langka.

bunga cengkih

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun – daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Kegunaannya dalam masakan makanan

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Ia merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu “rempah empat beradik”.

Tujuan kegunaan selain masakan

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Bunga cengkih antara bahan sampingan utama semasa bersirih di mana bau dan rasanya yang manis melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam suatu rokok khas bernama kretek. Bunga cengkih juga mempunyai khasiat bagi perubatan seperti sakit buah pinggang,ketumbuhan,mata kabur,sakit paru-paru,sakit perut,muntah,memanaskan badan,mulut berbau dan urat saraf.

Khasiat Bunga Cengkih

Disini kami akan kongsikan beberapa khasiatnya dengan lebih lanjut tentang bagaimana bunga cengkih ini dikatakan boleh memberikan manfaat pada kita selain tujuan menggunakannya ke dalam masakan makanan.

Manfaat Bunga Cengkih yang anda patut tahu
1. Membantu dalam mengurangkan risiko kanser
> Bunga cengkih adalah sumber antioksidan yang sangat baik kerana ia boleh membantu melindungi tubuh badan manusia daripada pelbagai penyakit termasuklah kanser.
> Kajian menunjukkan bahawa eugenol yang terdapat dalam bunga cengkih boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, menjadikan ia agen anti-kanser semulajadi yang baik
> Kajian paling luar biasa telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa eugenol mampu mengurangkan perkembangan beberapa jenis sel kanser, termasuk prostat dan kolon.
2. Merawat masalah pada kulit wajah
> Bunga cengkih juga boleh digunakan sebagai merawat masalah kulit wajah terutamanya untuk mengecutkan jerawat pada wajah.
> Salah satu faktor jerawat ialah kerana penghasilan sebum yang berlebihan. Oleh itu, amatlah penting untuk mengawal penghasilan sebum supaya tidak mendatang masalah jerawat yang teruk. Salah satu cara yang mudah untuk mengawalnya ialah dengan menggunakan minyak bunga cengkih yang berfungsi untuk membersihkan lubang pori-pori yang tersumbat.
3. Meningkatkan kekuatan tulang
> Manganese yang terdapat di dalam cengkih adalah mineral yang terlibat dalam pembuatan tulang dan ianya amat penting dalam kesihatan tulang.
> Cengkih menghasilkan esktrak hidroalkohol sebatian fenolik seperti eugenol, flavonoid dan isoflavon.
> Sebatian ini dipercayai membolehkan tubuh mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang.
> Adapun begitu, penting untuk anda menggunakannya dengan bijak dan mengambil jumlah yang berpada – pada kerana pengambilan secara berlebihan boleh meyebabkan kessan sampingan seperti iritasi saluran pencernaan atau masalah pada perut.
4. Mengatasi masalah mulut berbau
> Aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut kerana bunga cengkih ialah bahan semulajadi yang baik yang dapat membantu melawan bakteria dan memastikan mulut sentiasa bersih dan segar.
> Bunga cengkih mengandungi pelbagai sebatian antimikrob dan eugenol, yang merupakan bahan aktif yang mempunyai sifat antimikrob semulajadi. 
> Eugenol didapati berkesan terhadap pelbagai jenis bakteria, termasuk Streptococcus mutans, yang merupakan punca utama kerosakan gigi dan jangkitan pada mulut. 
> Cengkih juga telah digunakan untuk melawan jangkitan di dalam mulut. Ia telah digunakan sebagai ubat kumur antiseptik serta rawatan untuk ulser mulut.
5. Merawat sakit akibat keradangan
> Keradangan adalah satu reaksi dan proses di dalam badan untuk memerangi perkara yang memudaratkan apabila berlakunya kecederaaan atau jangkitan.
> Keradangan boleh menyebabkan kawasan yang berlaku reaksi menjadi sakit, sedikit panas, kemerahan dan bengkak. Ekstrak bunga cengkih yang disebut eugenol adalah bahan yang bersifat pelega kesakitan akan merangsang reseptor yang mengesan kesakitan untuk memberi kelegaan.

Penutup

Kesimpulannya, ketahuilah bahawa bunga cengkih ini banyak manfaatnya kepada kita bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan kita namun juga mampu merawat sesuatu penyakit yang kita alami. Sebenarnya manfaat yang disebutkan di atas itu hanyalah beberapa sahaja dan banyak lagi manfaatnya yang lain. Sekalipun ianya boleh memberikan banyak manfaat kepada kita namun ingatlah bahawa pengambilan secara berlebihan juga mampu membahayakan dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Jadi sentiasa beringat dan berpada – pada dalam pengambilannya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More