Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Asah Mata Pisau Blender Hanya Menggunakan Kulit Telur

Cara Asah Mata Pisau Blender hanya dengan menggunakan kulit telur ini sangat mudah dan ringkas sahaja. Malah ia sangat menjimatkan kerana tidak perlu membeli blender atau mesin pengisar yang baharu semata-mata kerana blender yang lama sudah tumpul mata pisaunya.

Info dan cara sebegini sangat penting dan perlu diambil tahu oleh orang ramai terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, segala benda kalau boleh kita perlu berjimat cermat, bukan?

Segala perbelanjaan dikawal dengan sehabis baik agar tidak membazir dan mengalami kerugian. Untuk kegunaan barangan di rumah pula, kalau masih boleh dibaiki pasti kita akan baikinya sendiri secara DIY. Sebagai contoh, barangan elektrik yang rosak kalau masih boleh dibaiki cuba baiki dahulu sebelum digantikan dengan yang baharu.

Selain dapat berjimat cermat, kita juga dapat memanfaatkan skil atau kemahiran yang kita ada dan tidak tahu pada sebelum ini.

Seperti perkongsian dari sebuah akaun TikTok Noor (@qislyana302) ini, dia telah berkongsikan satu cara bagaimana mahu menajamkan mata pisau blender yang telah tumpul dengan mudah hanya menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.

Apabila mata pengisar sudah tumpul, sudah tentu kualiti akhir produk yang hendak dikisar tidak akan memuaskan. Jom ikuti perkongsian berikut.

Cara Asah Mata Pisau Blender

Kalau anda ada blender yang sudah tumpul mata pisaunya jangan buang dahulu, cuba ikut tips dan cara tajamkan mata pisau blender daripada pengguna TikTok ini dahulu.

Mari kita ikuti Cara Asah Mata Pisau Blender dengan mengikuti proses tersebut.

Untuk asah bilah mata pisau pada blender yang telah tumpul itu, anda hanya perlukan

  • Beberapa Kulit Telur; dan
  • Sedikit Air

Caranya adalah anda hanya perlu meletakkan beberapa kulit telur kosong dan sedikit air ke dalam mesin pengisar atau blender yang ingin diasah.

Selepas itu, kisarkan campuran kulit telur dan air tadi untuk seketika.

Kemudian, anda akan mendapati mata mesin pengisar atau blender anda tadi menjadi tajam semula.

Walaupun mungkin tidak setajam yang baharu, namun sekurang-kurangnya lebih tajam berbanding sebelumnya.

Menurut Noor, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencuci mesin pengisar atau blender dengan mudah, lagi-lagi selepas digunakan untuk menghasilkan bahan yang pekat dan likat.

Selain mengasah pisau dan membersihkan mesin pengisar atau blender itu, kulit telur yang telah dikisar sampai hancur tadi boleh dijadikan sebagai baja kalsium karbonat.

Kulit telur yang hancur bercampur air tadi boleh dituang pada pangkal pokok, sebagai sumber baja untuk pokok-pokok berkenaan membesar.

Cara Asah Mata Pisau Blender 

Untuk lebih memahami Cara Asah Mata Pisau Blender hanya menggunakan kulit telur ini, anda boleh melihat video asal DISINI.

Credit Sumber: @qislyana302

Begitulah cara mudah dan jimat untuk asah mata pisau mesin pengisar atau blender tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Asah Mata Pisau Blender ini dapat membantu anda untuk menajamkan kembali mesin pengisar atau blender anda yang mungkin masih boleh digunakan.

Semoga perkongsian Cara Asah Mata Pisau Blender ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More