Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta, Guna 2 Bahan Sahaja!

Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta sangat penting dan perlu diambil berat terutamanya orang yang memiliki kereta.

Seperti yang diketahui, lipas merupakan serangga kecil dan tergolong dalam mahkluk perosak seperti anai-anai, tikus, ulat, kutu dan banyak lagi.

Haiwan ini mudah untuk dikenali kerana mempunyai warna coklat dan sedikit keperangan serta rupa yang berlainan daripada serangga perosak lain.

Serangga ini seringkali ditemukan di kawasan yang kotor dan tertutup (gelap) kerana sinonim sebagai tempat kediamannya.

Kebiasaannya, lipas gemar tinggal di kawasan sisa sampah, kediaman rumah dan termasuklah dalam kenderaan.

Mungkin ramai yang mengganggap haiwan ini tidak tinggal di dalam kereta mereka. Namun, sebenarnya “Ya” jika kebersihan kenderaan anda tidak diuruskan dengan baik.

Dengan sifat yang dimiliki oleh makhluk ini, tentunya ia tidak disukai oleh orang ramai.

Kehadiran haiwan perosak ini sememangnya tidak menyenangkan hati orang ramai. Bahkan ia boleh mencetuskan panik atau digeruni terhadap sesetengah mereka kerana mampu merayap, menyelinap dan terbang.

Selain itu, ia juga meninggalkan bau yang busuk dan boleh mengganggu sepanjang perjalanan anda di dalamnya.

Disebabkan itu, rata-rata pengguna membawa kereta mereka ke kedai bagi mencuci dan menghilangkan bau busuk.

Bagaimanapun, langkah ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana serangga itu masih bersembunyi di dalam kenderaan.

Jadi, bagaimanakah langkah berkesan untuk menangani masalah tersebut?

Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta 

Bagi anda yang mengalami masalah ini dan ingin membasmi lipas di dalam kenderaan anda, mari ikuti perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah yang telah dikongsikan pada Facebooknya.

Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta

2 hari umpan lipas dalam kereta..
Lumayan hasil dia..

1 bekas ni hasil malam tadi..
Yang semalam punya dah buang..
Hasil banyak jugak semalam.

Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..

Kalau sembur ridset jea tak nampak lipas mati..buat macam ni banyak rupanya..

Bahan bancuhan adalah:

  1. Susu pekat
  2. Air paip

Bancuh jangan cair sangat..
Buat sedap-sedap sikit

Letak malam hari…esok pagi tengok hasil dia..

Boleh share..ramai boleh buat jugak..
Tangkap lipas banyak-banyak..

Sumber: Wajihah Derus Bilis Sabah

Diharapkan dengan perkongsian Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih peka dan bijak berkenaan penjagaan kereta masing-masing. Semoga perkongsian Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More