Bahan Pendidikan Untuk Semua

CARA BETUL BASUH COMFORTER GUNA MESIN BASUH

Mencuci comforter yang tebal memang agak susah jika menggunakan mesin basuh di rumah yang berkapasiti yang kecil. Biasanya ramai yang menghantar sahaja di dobi lebih mudah. Boleh juga basuh sendiri di rumah dengan menggunakan teknik yang betul agar  comforter tidak mudah rosak.

Kenapa selimut mudah rosak selepas dibasuh?

Ni jawapan nya :

1. Kemungkinan produk kurang berkualiti dari segi material kain.

2. Basuh dengan cara yang salah. (Pakai sumbat je dalam mesin basuh)

Mari lihat perkongsian daripada seorang pengguna facebook tentang cara yang betul hendak cuci comforter guna mesin basuh.

Dobi toto ptg ni bersama 3harta Dunia Akhirat

Kesempatan ni kak Dil nak shared tips cuci comforter dengan betul.

Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang kak Dil guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

Kenapa? Untuk elak material comforter dari ROSAK . Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.

Caranya mudah ya amat.

1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin

Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg

2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar.

3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.

Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.

Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.

Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang

Sumber : Noor Hadilasaidin

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More