Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar Nama Anak Di JPN, 6 Langkah Mudah ‘Step By Step’

Cara Daftar Nama Anak Di JPN sangat penting untuk diketahui oleh semua bakal ibu bapa terutamanya kaum bapa untuk proses mendaftarkan nama anak-anak mereka yang baru lahir. Bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata, memilih nama untuk anak pasti menjadi antara perkara yang paling penting untuk dilakukan.

Ini kerana pemilihan nama yang membawa maksud yang baik dalam Islam sangat perlu dititik beratkan. Terdapat kepercayaan di mana, pemilihan nama yang baik boleh mempengaruhi sifat anak pada masa hadapan.

Selepas memilih nama yang hendak diberikan kepada anak, ibu bapa perlu mula bersiap sedia untuk mendaftar nama tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan perkara ini kebiasaannya akan dilakukan oleh kaum bapa, kerana pada waktu ini ibu perlu berehat dan berpantang di rumah.

Seorang pengguna Twitter bernama @AkeemSharyzal telah berkongsi kepada umum berkenaan Cara Daftar Nama Anak Di JPN ‘step by step’ yang sangat mudah untuk diikuti oleh bakal bapa-bapa selepas salah seorang daripada pengikutnya meminta dia kongsikan step tersebut.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa untuk mendaftar nama anak dengan proses yang sebetulnya.

Anda boleh ikuti langkah yang diajar oleh lelaki ini terlebih dahulu dan jika terdapat sebarang kekeliruan, anda boleh terus ke JPN berdekatan untuk bertanya lanjut.

Cara Daftar Nama Anak Di JPN

Pasti ramai bakal bapa-bapa yang ingin mengetahui Cara Daftar Nama Anak Di JPN ‘step by step’ ini, bukan?

Jom ikuti langkah berikut satu per satu untuk memudahkan proses mendaftar nama anak anda yang baru lahir.

  1. Apabila selepas isteri sudah discharge daripada hospital bersalin, doktor akan memberikan satu surat yang bertajuk “Urusan Seri Paduka Baginda”. Surat tersebut jangan di buka, JPN yang akan membuka surat tersebut di hadapan anda nanti.
  2. Selepas itu, anda perlu fotostat semua perkara yang disuruh (yang telah di highlight pink).
  3. Bawa semua dokumen yang telah di fotostat tersebut bersama-sama buku pink asal, sijil nikah dan kad pengenalan asal isteri ke JPN.
  4. Sampai di JPN, anda perlu mengambil nombor giliran dan pihak JPN akan membuka surat “Urusan Seri Paduka Baginda” tadi, dan disitu lah anda perlu mengisi nama anak yang ingin didaftarkan.
  5. Tunggu nama anda di panggil sekali lagi ke kaunter untuk confirm kan nama dan alamat pada surat beranak atau sijil lahir tersebut.
  6. Tunggu dalam 10 minit, dan sijil lahir anak anda akan siap.

Cara Daftar Nama Anak Di JPN

Begitulah cara mudah untuk mendaftarkan nama anak yang baru lahir yang telah dikongsikan oleh pengguna Twitter tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Daftar Nama Anak Di JPN ini dapat memberi ilmu yang baharu kepada anda di luar sana.

Semoga perkongsian Cara Daftar Nama Anak Di JPN ini juga dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. Selamat mencuba!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More